Selamat Pagi Cinta, Dah Solat Subuh?


assalamu'alaikum... salam sejahtera ke atasmu...

sahabatku...
sudah bangun pagi??? bersyukurlah kita masih hidup setelah dimatikan (tidur) semalam. Ucapkanlah alhamdulillah kita masih bernyawa dan diberi kesempatan untuk mengumpul bekalan ke negeri abadi. Lenakah tidurmu semalam??? Sungguh indah bukan??? Mimpi tentang bulan, mimpi di alam kayangan, mimpikan si dia yang didambakan, owh sungguh indah malammu hingga terasa tidak mahu bangkit dari lena yang panjang dan ingin terus mengulik mimpi yang tiada berkesudahan.

Sahabatku...
kita selalu manjakan diri kita, tidur di atas tilam yang empuk, bantal yang lembut berselimutkan sutera dengan tiupan angin penghawa dingin, indah dibuai mimpi indah...

hingga kita terlalu sukar untuk bangun malam untuk bermunajat kepadaNya, bersujud pada Yang Mengurniakan kita segala nikmat itu. walaupun terkadang kita tersedar di sepertiga malam, seolah-olah ada sesuatu yang mengejutkan kita dari tidur, terasa dingin malam menusuk ke tulang, lalu kita lihat jam yang berdetik, pukul 4 pagi??? aaaahhh!!! masih terlalu awal, lalu ditarik kembali selimut menyulam kembali mimpi-mimpi terindah...


Sunggah tidur itu suatu nikmat yang besar bukan??? Tapi pernahkan kita terfikir mengapa terkadang kita tersedar di saat insan2 lain nyenyak dalam dakapan malam???


Sahabatku... Allah mencintaimu, dia memilihmu untuk bangun bersujud padaNya, merintih padaNya kerana barangkali kamu sudah terlalu lama tidak mengadu padanya, jika diimbas kembali kamu kan merayu2 padaNya hanya bila kamu inginkan pertolongan, bila kamu mahukan bantuan, untuk cemerlang dalam peperiksaan, untuk berjaya dalam perniagaan, untuk mendapatkan si dia yang dicinta, untuk mengembalikan kesihatanmu, untuk duniamu, untuk angan-anganmu yang tiada berkesudahan...

sahabatku... sekali lagi Dia mengejutkanmu, azan subuh berkumandang memecah keheningan, menyapa telinga insan2, lalu sekali lagi kau tersedar, terkadang hatimu berbisik... "Ahhh bising, cepatnya dah subuh", lalu kau renung jam di dinding, 6.00 pagi, lalu hatimu berkata, "aahhh!!! masih awal lagi...", sekali lagi kau melakar mimpi hingga alam yang gelap gelita bertukar menjadi cerah, terang benderang di sinari cahaya mentari, ayam berkokok, burung2 berkicauan, pohon2 melambai mengalunkan zikir syahdu pada Tuhannya... sedang kamu masih lena, tidakkah kau malu pada mereka??? Kau biarkan subuh suci berlalu pergi, lalu malaikat mencatatkan amalanmu...

Wahai jiwa2 yang alpa!!!
Tidakkah engkau dengarkan ayat-ayat dari TuhanMu, tentang amaran azab seksa yang maha pedih kerana meninggalkan apa yang difardhukan ke atasmu, yer mungkin kau pernah dengar, tetapi hatimu tidak gentar, kau lupa, kau tidak takut kerana matamu tidak pernah melihatnya, kau mendengar tetapi tidak mengambil iktibar, solat Subuh hanya dua rakaat!!! tapi kau ingkar!!! kau lebih besarkan tidurmu dari seruan "hayya alassolah...", kerana kau meruntuhkan tiang-tiang agamamu tanpa sedikit pun rasa bersalah, tunggulah saat2 yang dijanji... hanya kerana nikmat yang sementara, sekali kau meninggalkan solat subuh, kau kan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun bersamaan 60 000 tahun di dunia.


Sahabatku, pernahkah kau mendengar suatu kisah :


Akan muncul seekor ular yang bernama 'Sujaul Aqra' dan ular itu berkata:
'Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan sembahyang Subuh.'

Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar,

begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.

astaghfirullah... astaghfirullah... sungguh azab, ampunkanlah dosa-dosa kami Ya Allah, ampunkanlah kelalaian kami Ya Allah, kami tidakkan dapat menahan azab seksa dariMu, jika Engkau tidak ampunkan kami, sungguh kami orang-orang yang rugi, maka terimalah taubat kami Ya Allah, kami insan yang lemah tanpa cinta dariMu...

moga kita mengambil iktibar dari amaran-amaran dari Allah kerana sesungguhnya kita hidup di dunia hanya sementara cuma, janganlah hanya kerana kenikmatan yang sedikit, kerana lebih sayangkan tidur, kita menanggung azab seksa Maha Pedih, nauzubillah...


Peringatan buat diriku yang hina,

Kalam dari Kalbu
Nurqaseh Ramadhan
6.00 pagi, 6 Ramadhan 1432Hijrah
Teruskan membaca...

Isu Bertudung : Kudaku Gagah Berlari



Salam, okep sebelum ni farah ada keluarkan entry fasal tudung unda, kali ni plak nak ceghiter fesyen bertudung sedara unta plak, haaaa nak tau tudung fesyen ape? Let’s check it out!!!

.
.
.
.
.
.
.
v
Taaaaraaaaaaaaa, mempersembahkan fesyen hangat masa kini, fesyen bertudung ala-ala kuda gitu, hehe. Cantik kan? Macam ekor kuda gak. Jom kita tanya pe perasaan incik kuda lepas jadi icon fesyen bertudung abad ni???

Haha malu-malu kuda plak dia, hmmm cantik ker? Biar betul awak ni, yer tahulah rambut kome semua cantik, rebonding lagi, abis tu kalau dah rebonding mahal2 pakai tudung rugila kan. Tapi kalau tak pakai tudung berdosa plak, alahai macammana ni, nak pakai tudung tapi dalam masa yang sama nak gak kasi orang tengok rambut you all yang lurus berseri seperti mendapat rawatan pantene, “sekali cuba, takmau yang lain”. Wah gitu, iklan jap. 

Kita bukan sesaja nak mengata kat awak, tapi fahamilah apa yang ingin kita sampaikan. Ok saya ambil secara positif awak mahu bertudung, tapi sayangnya awak tak menutupnya secara sempurna. Apa salahnya alang-alang dah bertudung biarlah ia cukup sempurna, pahala dapat dan awak jugak sebenarnya membantu orang lain dari tidak melakukan dosa, Yela bila dah pakai tudung cenggitu, confirm ada yang mengumpat2 kat belakang. Diorang nak tegur malu plak, jadi sama2lah kita insafi diri yek, tutuplah auratmu dengan sempurna, biarlah kita tidak cantik di mata insan, asalkan cantik di mata Allah SWT. Tapi siapa cakap pakai tudung labuh tak menawan? Sejuuuuuuuuk je mata memandangnya, tak gitu Cik Tipah? Heee okep, tu je untuk hari ini, daaaaa wassalam
Teruskan membaca...

Sebuah puisi hati seorang hamba


Dengan nama Allah yang Maha Kuasa, ku mulakan dengan kalimah cinta agung, pemilik sekalian alam, untuk kutitipkan sebuah puisi cinta terhadap bangsaku, tanahairku & agamaku tercinta, sungguh aku tidak sanggup melihat bangsa2ku menjadi hamba di bumi sendiri. Berharap pada yang diharap, tapi harapkan pagar, pagar makan padi! Ingatlah janganlah sekali2 kamu bantu membantu dalam perkara mungkar, yer sudah pasti kau kan dapat saham duniawi, beroleh harta kekayaan bertimbun timbun, bersenang lenang atas kesusahan orang lain, tapi ingat!!! kau juga kan mendapat "saham" akhirat nanti. Nah!!! pada waktu itu, barulah buku bertemu ruas, barulah kau tahu siapa Tuah siapa Jebat, harta yang kau agung2kan sedikitpun tidak dapat membantumu. Kerana kau lupaaaaaaaa, dunia ini sementara cuma, apa yang kau kejar hanyalah bayang2 waktu yang kan hilang pada bila2 masa sahaja, bangkitlah saudaraku dari lena yang panjang, perhatikan sekelilingmu, ramai yang memerlukanmu untuk sebuah perjuangan suci, menegakkan keadilan dibumi Allah. Biarlah kita miskin di dunia asalkan tidak papa di akhirat sana. Allahuakbar3x!!!
“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang membuat zalim nanti kamu akan disambar oleh api neraka sedangkan kamu tiada sebarang penolong pun selain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan” (Surah Hud: 113)

Teruskan membaca...

Hikmah Musibah : Fahami Bahasa Cinta


Sahabatku… pernahkah kau merasa terluka. Terluka kerana ditinggal sang kekasih? Terluka kerana dihina sahabat sendiri? Terluka kerana kata-kata nista & fitnah? Terluka kerana kesilapan sendiri??? Terluka kerana keterlanjuran kata??? Terluka kerana kehilangan insan tersayang??? Terluka kerana kehilangan segalanya??? Sakitkah? Sakit sangatkah? Sakitkah sahabatku??? Owh aku cuma bertanya, tidak perlu dikau ungkapkannya kerana aku juga pernah merasakannya. Menangislah… yer jangan malu untuk menangis, menangis sepuas hatimu, jangan kamu sombong untuk titiskan airmata biarpun kamu seorang lelaki. Menangislah sepuas hatimu jika itu bisa membuat dirimu kembali tenang. Menangis dan terus menangis, kerana tidak diciptakan airmata itu sia-sia, tiap yang tercipta punya hikmahnya sendiri. Tapi sahabatku… janganlah kamu menangis hingga kamu hilang pedoman diri, hingga sanggup menggadai nyawamu yang takkan ada gantinya. Hargailah tiap titis airmata dengan keinsafan. Menangislah supaya kau tahu dunia ini bukan hanya dipenuhi dengan kebahagiaan, di sini hanya tempat persinggahan sahabatku, di sini bukan syurga yang dipenuhi dengan keindahan tiada tara, yang tiap ruangnya dipenuhi wajah2 ceria tanpa secalit duka.

Sahabatku, terimalah takdir dengan redha. Sungguh hidup ini takkan pernah berhenti dari ujian. Renungilah ia dengan mata hati, mengapa dan kenapa semua ini terjadi??? Yer semua ini untuk menguji tahap keimanan kita, kesakitan, kehilangan insan tersayang, kegagalan, penghinaan dan segalanya penuh dengan hikmah. Ingatkah dikau saat2 bahagia, saat kamu ketawa ria, saat kamu senang lenang, berapa kali kau ingat pada Tuhanmu??? Ingatkah kau pada yang memberikan kamu nikmat yang kau kecapi??? Ahhh jangan kau berdusta, jarang sekali orang yang mendapat nikmat ingat akan Tuhannya, yer bila berjaya… kau sangka semuanya kerana usaha gigihmu sendiri, tapi kamu lupa untuk bersyukur. Bila kau kaya, kau angkuh dan bongkak dengan harta yang kau miliki, kau memandang rendah pada fakir2 miskin, dengan wang kau bisa membeli wanita tercantik, kau bisa menaiki kenderaan termewah, kau mampu tinggal di singgah sana terindah, berjalan mendongak langit, tapi kau lupaaaaaaaaaaa, hartamu itu sedikitpun tidak membantumu di akhirat kelak andai tidak kamu gunakan dijalankan pada jalan Allah.
Saat kau sihat, kau “enjoy” sana sini bersama teman-temanmu hingga kamu lupa panggilan Ilahi untuk bersujud padaNya, kau fikir kau kan hidup seribu tahun lagi, tapi kau lupaaaaaaa tubuhmu itu bukan milikmu, kamu lupa pada yang memberi tubuh badanmu, tapi kamu guna menuju tempat2 maksiat, kau lupa lagi. Lalu bila ujian menimpa, kau jatuh tersungkur, kau rasakan dunia ini sudah gelap gelita, kau salahkan takdir, kau salahkan orang2 sekelilingmu. Bila kau jatuh sakit, baru kau tahu betapa besarnya nikmat sihat itu, baru kau tahu tiada daya upaya melainkan Allah Yang Maha Kuasa dan segala yang ada hanyalah pinjaman semata-mata. Bila kau kembali sihat, kau berterima kasih padapak  doktor, pada ubat-ubatan, pada wang, kau lupa bahawa bukan mereka yang menyembuhkanmu tapi Allah! Jika tanpa izinnya kamu takkan kembali sembuh. Bila kau kehilangan segalanya baru terjaga dari mimpi yang panjang, baru kau sesali yang kau hanya seorang hamba yang tak punya apa-apa.

Sahabatku, mengapa bila senja barlabuh baru kau mahu pulang ke pengkalan? Mengapa bila hujan membasahi baru kau sesali? Sahabatku tiap detik yang berlalu takkan kembali, ibarat airmatamu yang berguguran, takkan dapat kau hirup kembali ke dalam matamu. Apa yang ada kini hanyalah penyesalan tidak berpenghujung, hanya airmata teman setia. 

Sahabatku, benar ujian itu cukup menyakitkan tetapi dunia belum berakhir. Kau masih punya waktu. Renungi hikmah di sebalik ujian. Jika tidak kerananya, pasti kamu masih lalai, masih alpa dengan dunia yang sementara, kau sungguh bertuah sahabatku kerana Allah masih ingat padamu, Dia merinduimu, kerana selama ini kau lupa padanya, kau lupa pada janji kasih yang terpateri sejak di alam rohani, kau berjanji sumpah setia taat hanya padaNya, bila kau diuji baru kamu ingat Tuhanmu, bila kamu susah baru kamu bersujud memohon ampun padaNya, kau merintih hiba meminta pertolongan daripadanya, tapi terkadang tidak juga termakbul doamu walau kau merintih hiba meratap sayu menyesali dosa-dosa lalu. Sahabatku, jangan pernah kau putus asa padaNya, teruskan berdoa, kerana mungkin Dia terlalu rindu padamu. Menangislah dan merintih hanya padaNya kerana dengan ujian ini kamu kan kembali menginsafi diri pada hakikat diri yang tak punya apa-apa, dan tiap apa yang kau miliki adalah miliknya. Yer ujian itu sungguh sakit, tapi fahamilah ujian itu bagai cemeti membawamu kembali ke pangkal jalan, dan lihatlah di depanmu jalan luas terbentang menuju negeri yang abadi, sungguh dunia ini penuh dengan onak duri dan badai yang melanda, harungilah ia dengan tabah. Setiap yang terjadi ada hikmahnya. Biarlah senja berlabuh melewati membawa kegelapan, kerana jika tidak kerana kegelapan itu, takkan kamu bisa menatap purnama indah di malam kelam. Terimalah ujian itu dengan penuh redha, jika tidak kerananya kamu takkan mampu meraih syurga nan indah yang tercipta buat hamba2Nya yang bertaqwa.


Muhasabah diri
Nukilanku nurqaseh ramadhan, 20.06.2011, 2.42 pagi.
Teruskan membaca...

10 WASIAT HASSAN AL-BANNA



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

10 WASIAT HASSAN AL-BANNA
 1)Wahai kawanku,
Segeralah tunaikan solat di awal waktu
Dikala mendengar azan
Usahakanlah semampu terdaya.
Ini membuktikan kesungguhan anda.
Di situ ada sumber kejayaan
Di situ ada sumber pertolongan
Di situ ada sumber taufiq
Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran.
...dimulakan dengan menyebut solat di awalnya
Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat...
Juga di medan perang. Walaupun...
Di saat genting dan cemas.

2)Wahai kawanku,
Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya
Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit
Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan
Sesungguhnya al-Quran adalah
sumber asli lautan ilmu
Sumber hidayah kepada anda dan saya
Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat.
Sentiasalah membaca, menghafal dan...
Cuba hayati mesej arahannya.
Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!!
Di sini ada ketenteraman
Di sini ada kedamaian
Di sini ada kesalaman
Jadilah hamba yang sejahtera.

3)Wahai kawanku,
Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran
Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan
Sebenarnya anda telah lama bermula
Iaitu sejak anda solat setiap hari
Sebut dulu walaupun tak faham.
Antara mala petaka pertama menimpa umat kita... 
ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya.
Juga mengutamakan bahasa pasar,
Ayuh !!! Apa  tunggu lagi??????
Bukalah ruang walaupun seminit !!!

4)Wahai kawanku,
Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!!
Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan
Awasilah pertengkaran
Kerana di sana ada unsur lain membisikkan?
Syaitannnn namanya !!!

5)Wahai kawanku,
Senyumlah selalu tapi bersederhanalah
dalam ketawa !!!
Rasulullah s.a.w adalah
yang paling banyak senyum
Beliau ketawa kena pada tempatnya
Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan !
Plato juga berharap agar pementasan hiburan...
Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh
Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi
Dan orang upahan asing!
Begitu juga Aristotle berpendapat
Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan 

hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa
berlebih-lebihan.  supaya tidak menular.
Keburukan dalam diri!!!

6)Wahai kawanku,
Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan
Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!!
Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan
Kata seorang penyair :
Berikan kerehatan pada jiwamu
Yang sibuk dengan berfikir
Ubati dengan bergurau
Tapi,
Kalau mengubatinya dengan bergurau
Mestilah dalam batas
Seperti kau masukkan garam
ke dalam gulai.

7)Wahai kawanku,
Kawallah nada suaramu
Setakat yang diperlukan
oleh pendengar di depanmu
Janganlah jadi seperti orang bodoh.
Bahkan menyakit hati orang lain pula!!!
Luqman Al-Hakim juga
mencela orang yang tidak pandai
menjaga nada suara pada tempatnya.
Itulah katanya suara keldai!!!
Surah al-Isra' memberi tip kepada kita...
Jangan keraskan suramu dalam solat
Tapi jangan pula merendahkannya
Carilah jalan tengah di antara keduanya.


8)Wahai kawanku,
Usahlah umpat mengumpat
Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain
Bercakaplah jika ada unsur kebajikan
Ayuh!!! Hindarilah...mengumpat!
Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!!
Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama.
Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!!  

Tapi sukakah anda memakan
daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!!
Begitulah dosa orang yang mengumpat.
Bertaubatlah jika anda mengumpat
Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!!
Boleh mengumpat...apabila ada tujuan syarie.
*      untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
*      untuk menghapuskan kemungkaran
*      kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
*      kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

 9)Wahai kawanku,
Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia 
Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!!
Salam kasih sayang adalah untuk semua
Salam kemesraan adalah untuk sejagat.
Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...!
Lihatlah pensyariatan ibadah haji.
Pelbagai bangsa datang berkunjung!!!
Pelbagai lapisan datang berkunjung!!!
Pelbagai darjat datang berkunjung!!!
Sama-sama menjunjung obor suci
Tidak mengenali tapi tak sepi.

10)Wahai kawanku,
Maksimumkanlah faedah waktu anda 
dan tolonglah orang lain
supaya manfaatkan masa.
Hadkanlah masa penunaiannya.
Biasakan hidup berjadual di hadapan.
Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda!
Bersegeralah, kerana...
Sabda Nabi s.a.w bermaksud :
"Bertindak segeralah melakukan amal..."
(Diulang 7 kali..)
Sayanglah masa saudaramu!!!
H
ormatilah waktu mereka!!!
Usahlah berbicara meleret-leret...
Tanpa haluan dan noktahnya.

Renung2kan bersama

Teruskan membaca...

tutorial : cara letak header blog di tengah


salam.
ni nak citer sikit masa farah tukar template dulu, salah satu masalah yang farah alami adalah HEADER blog tak berada di tengah blog, skali tengok cam cacat sket, hehek. jadi cari  punya cari last2 jumpa jugak tutor ni kat blog wan hazel. tanx ye. jum terjah! =)

1) Klik Dashboard > Design > Edit HTML 

2) Tick Expand Widget Template

3) cari kod nie (tekan CTRL+F pada keyboard anda untuk memudahkan pencarian)

/* Content



4) COPY dan PASTE kod kat bawah ni betul-betul ATAS kod /* Content :

.Header img { margin-$startSide: auto; margin-$endSide: auto; }

Hasilnya akan jadi cenggini : 

.Header img { margin-$startSide: auto; margin-$endSide: auto; }
 /* Content


5) PREVIEW then SAVE.

perhatian : sesetengah template takde kod /* Content so pandai2 cari sendiri ek. hee

 
Teruskan membaca...

tutorial : cara tukar tulisan older post, newer post & home kepada imej




salam.
tuto ni adalah untuk tukar link older post, newer post & home kepada ime. credit to anshuldudeja.com

1) Klik Dashboard > Design > Edit HTML

2) Cari kod yang berwarna MERAH dan TUKARKAN (replace) dengan kod yang berwarna BIRU kat bawah ni : 
(tekan CTRL+F pada keyboard anda untuk memudahkan pencarian)

a) <data:newerPageTitle/>
tukar dengan :
<img src='http://www.alpfhealth.org.uk/assets/images/animated-arrow-left.gif'/>

b) <data:olderPageTitle/>
tukar dengan :
<img src='http://www.fishersbouncehouse.com/images/AnimatedArrow.gif'/>

c) <data:homeMsg/>
tukar dengan :
<img src='http://dl2.glitter-graphics.net/pub/1823/1823142haz1jke38p.gif'/>


3) PREVIEW, kalau suke baru SAVE


NOTA : awak boleh tukar imej lain dengan menukar URL imej yang farah hightlightkan kat bawah ni : 

<img src='http://bandofgirls.googlepages.com/home_icon.png'/>


Selamat mencuba.
Teruskan membaca...

tutorial : cara letak icon tepi url blog


salam. 
haaaa cer tengok kat atas sana. nampak tak benda lip lap lip lap tu. aipppp bukan tengok bintang la, tengok sebelah kotak url blog farah, kan ada icon comel. kalau nak tahu itulah yang dipanggil sebagai FAVICON.erk dah tahu ek. heee saje nak bagitau. biasanya kalau yang tak guna favicon, tepi url blog hanya ada icon oren. so kalau nak bagi blog lain dari yang lain, jum kita serbu tuto ni pulak. tenz to blog teknikbuatblog.


1) Klik Dashboard > Design > Edit HTML

2) Cari kod nie :
             </head>
(tekan CTRL+F pada keyboard anda untuk memudahkan pencarian)

3)  copy kod kat bawah ni : 
         <link href='letak url imej disini' rel='shortcut icon' type='image/x-icon'/>

        4)  PASTE-kan kod ni betul-betul ATAS kod </head>
         hasilnya akan jadi cenggini :

         </head>
         <link href='letak url imej disini' rel='shortcut icon' type='image/x-icon'/>
  
         5) tukar URL imej tu dengan favicon pilihan anda.
            nak design sendiri pn boleh, tapi kalau nak senang, pilih je kat SINI 

        6) PREVIEW, and lastly SAVE TEMPLATE


kalau tidak muncul favicon mungkin sebab gunakan google chrome. 
Untuk google chrome guna kod ini:

<link rel="icon" type="image/gif" href="url imej anda">

 
 ok tu je. sekian.
Teruskan membaca...

tutorial : letak widget online user


salam.
hohoho kita jumpa lagi. tuto kali ni adalah untuk letak widget online user. kome sume tau ker apekebenda tu? bagi yang dah tahu, good! yg tak tahu meh cek nak bagitau hangpa. kalau kita letak widget ni, kita boleh dapat tahu berapa orang yang sedang menerjah, menskodeng, meneropong blog anda sekarang. moh layan tuto ni, kalau taknak pi main jauh2, hehek.

Banyak cara yang kita boleh guna, dan salah satu yang biasa blogger guna adalah dari web whos.amung.us. caranya mudah saja belalang.

1)  Layari web ni : http://whos.amung.us/
2)  pilih nak letak widget tu kat bahagian mana : kiri, kanan or bawah, pilih la mana yang berkenan di hati.
3) copy code yang dia bagi tu.
4) pegi kat blog hangpa
Dashboard > design > edit layout > add a gadget
5) Paste kan kod tadi ke dalam kotak content gadget tu, tajuk gadget biarkan kosong je ok?
6) preview then kalau ok, save.

siap. =)
kalo nak tengok cara lain, boleh picit SINI
Teruskan membaca...

tutorial : cara letak icon di sebelah tajuk posting "post title"


Salam.
ehem2 korang mesti macam2 nak buat blog nampak comel kan? salah satu item ialah dengan meletak icon cute2 di sebelah tajuk post korang, so let's check it out =) 

1) Klik Dashboard > Design > Edit HTML

2) Korang cari kod nie
(tekan CTRL+F pada keyboard anda untuk memudahkan pencarian) 
.post h3 {
margin:.5em 0;
padding:30px 0px 0px 45px;
font-size:120%;
font-style:italic;
line-height:1.3em;
color:#333;
background: url (letak url gambar disini ) no-repeat left center;}

 PERHATIAN : kod warna biru tu la yang kena tambah

3) kalau tak jumpa jugak kod kat atas ni korang try plak cari kod ni : 

<a expr:href='data:post.url'><data:post.title/></a> 

4) Letakkan kod BIRU di antara kod dibawah antara kod seperti ini: 

<a expr:href='data:post.url'><img src="url gambar"/> <data:post.title/></a>

# Jangan lupa tukar URL gambar

 5) PREVIEW dulu untuk lihat hasilnya, kalau da cun, then just SAVE.


PERHATIAN: jika terdapat lebih dari satu kod ini,masukkan pada kod yang pertama.


erk, ada paham ka thambi? kalau tarak paham kasi taw la =)


credit to : tenikbuatblog


Teruskan membaca...

tutorial : cara tunjuk link older post di laman utama blogger


salam.
hmmm satu lagi masalah yang timbul pada pengguna template baru, kadang2 link OLDER POST tak muncul kat bawah post anda, jadi post yang sebelumnya hanya boleh dilihat dengan meng-klik & mencarinya di blog archieve untuk melihat post terdahulu anda,  dan tau tak farah pun tak perasan benda tu tak muncul dalam blog farah, baru je prasan, cari punya cari, nasib baiklah planeta srbija ada tutorial ni, jadi untuk mudahkan korang, saya menterjemahkannnya untuk korang =)

Kalau older post dan newer post tak muncul di blog, ape yang anda perlu buat adalah :

1) Klik Dashboard > Design > Edit HTML

2) Tick expand widget

3) Korang cari kod nie
:
(tekan CTRL+F pada keyboard anda untuk memudahkan pencarian)

#blog-pager-newer-link {
float: left;
display:none;
}
#blog-pager-older-link {
float: right;
display:none;
}
 
4) kalau dah jumpa, korang DELETE je yang warna merah tu : display:none;
           hasilnya akan jadi macam ni :
#blog-pager-newer-link {
float: left;

}
#blog-pager-older-link {
float: right;

}

 

5) tekan PREVIEW dulu ye, kalau dah ok then baru SAVE.
6) kalau TAK JADI jugak, korang masukkan code clear:both; 
    so kod ni akan jadi cenggini :

    #blog-pager {
     text-align: center;
     clear:both;
      }

 
7) then cam biasa, tekan PREVIEW dulu, kalau ok then SAVE.

OK ciap, selamat mencuba :)

Teruskan membaca...

Teladani Rasulullah SAW : Hargai Pemberian Seseorang


Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. 

Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan 
"Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." 


Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
Teruskan membaca...

Wanita : Aku Tercipta Untukmu


Wahai kaum adam... kami mohon didiklah kami dengan keimanan, tuntunlah kami menuju cinta Allah... tarbiyahlah kami dengan penuh berhikmah... janganlah kiranya kalian menghambur kata-kata kesat yang bisa menghancurkan sekeping hati... Ingatlah kami tercipta dari tulang rusukmu, andai kamu terlalu berkasar tulang itu bisa patah, andai terlalu lembut pula ia kan terus membengkok... 

Teruskan membaca...

Petua Untuk Pemuda : Untuk Awek Muda


Assalamu’alaikum… hari ni farah taknak tanya khabar sahabat2, kalau tanya pun bukan kawan2 jawab pun kan, hehe… farah doakan dari jauh je semoga semua sihat sejahtera dalam nikmat iman dan islam. Bagi yang belum muslim, ni hao ma? Wo hen hao, xie xie ni… *psssttt 3tahun blaja bahasa cina, yang ni je slalu ingat, har3, peace xD*

Hmmm kali ni farah nak kongsi tips2 plak… Haaa dah baca nanti jangan lupa bagi tips kat farah plak ek, tak dapat yang warna merah, dapat yang warna hijau kebiruan tu pon jadi la kan, HAHA, erk tak faham??? Ok fine!!! Tak baik jadi kupitz taw, tak baik untuk kesihatan, HEHE.     (kupitz = kedekut, rujukan kamus dwibahasa kelate^^)

Okep, cakap fasal sehat2 nih, farah sebenarnya nak share tips2 macammana nak kekal awek muda… OH NO, ni bukan untuk awek2 je, dan bukan jugak untuk yang muda mudi je ok. Tips ni daripada Ustaz Ismail Kamus. Awak kenal tak sapa??? Haaahhhh??? Tak kenal??? Hayyak, sila ketuk ketampi 20x, aiseymen… Ish3… Ustaz ni tak jual kamus, tapi pengarang buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT. Haaa ingat tak??? Bagus2… jadi jom kita semak ape petua2 nak nak kekal awek muda.

1.     Melambatkan minum air setelah makan, minum sedikit (lebih kurang seteguk sahaja). minum setelah setengah jam selepas makan.
(pssttt... rasanya ramai yang minum bergelas2 sebelum dan selepas makan, kan kan kan??? Nak2 kalau hari panas, ade dekat segelen minum air, heee, lebih2 lagi kalau dapat minum air kelapa, perghhhh)

 2.      Rajin-rajin baca Al-quran niat ikhlas kerana Allah bukan kerana nak muda semata-mata.
(Haaa dengar tu, niat biar ikhlas, jangan tau nak jadi comey jer, ish3 hangpa ni^^)

3.      Menanam kuku / rambut yang dipotong atau gugur
(Yang ni agak2 boleh amalkan tak??? Mudah je kan, dah tanam tu awak takyah la rajin2 pegi baja, siram hari2 nak awek muda punya pasai, agak2 ler yang oiii :)

4.      Rajin-rajin bangun sembahyang tahajud di tengah malam sesungguhnya sekuat-kuat iman itu umpama seorang yang menyempurnakan wudhunya di waktu musim sejuk.
(Ohohok, terbatuk la pulak, takpe2 saya taw tak ramai yang rajin bangun malam, erkkk tak termasuk yang ngingau malam2 ek, hehek, tapi cam ustaz selalu pesan, niat tu penting kan??? InshaAllah kita sama2 cuba tingkatkan iman yek ^^)

5.      Sentiasa tenang dan tak marah-marah... kerana setiap ahli syurga itu lembut, mudah dan mesra, manakala setiap ahli neraka itu keras dan yang kasar kepada keluarganya.
(Haaa yang ni farah memang pantang, kalau orang suka marah2, farah plak suka nangis, eh bukan suka tapi mudah nangis, bila orang marah, memang rasa seram sejuk. Dahla suka marah, dahi berkerut, kulit berkedut, macammana nak dapat awek muda gitu??? yela mana ada orang marah sambil senyum, HAHA cuba awak try nak tengok, cam Mr. Kacang ada la, hehe.)


Ustaz pesan mulakannya dengan 'nawaitu'... amalkan sekerap termampu.Insya Allah mujarab.

Haaa pasni kita pakat2 amalkan ek, tak perlu dah you olz makan jamu mak dara, kopi janda ke, jus Dr. Rozmey ker... HAHAI, jimat kos cik kiah ooiii.... save bajet, boleh la beli selipar Crocs idaman sempena hari raya yang bakal tiba, haaaa sedekah kat tabung masjid lagi bagos kn... ehem2 sebut2 sal raya ni dah habis ganti uasa ker semua??? Yang pempuan biasa la dapat MC, yang lelaki yang terMC gak tu jangan lupa ganti ok??? Semoga tips2 yang ustaz bagi ni dapat kita amalkan sedikit demi sedikit. Nak muda tak??? Nak cantik tak??? Nak suami sayang tak??? Opppsss belum kahwin lagi ek, hehe...

Haaa jaga diri leklok ek, dan ingat cantik tak semestinya dari luaran je, hati tu paling penting, tapi luaran pun kena jaga gak tau supaya tak timbulkan aib diri sendiri nanti, yela dengan kulit berminyak, kalau perah boleh wat goreng ikan, rambut tak sikat, lebah lalu pun tertukar ingatkan sarang dia, kuku panjang cam pontianak, ada hitam2 lagi melekat dalam kuku... eeeeeeeeeeyuk, tak ker geli orang tengok, bukan ker kebersihan tu sebahagian daripada iman??? Jadi jom kita cuba amalkan tips2 dari ustaz ismail kamus, mana la taw dah nampak awek muda nanti ada anak datuk J masuk meminang, HAHAK, ok la farah nak sambung study, lusa dah nak exam, last paper, Matematik Ekonomi, doakan farah ek, lepas tu, yabedabeduuuuuuuu balik kampong, HOHO... renungkan2 selamat beramal ~(^^,)/
Teruskan membaca...

Mak!!! Ayah!!! Tolonglaaaa Izinkan Kami Kahwin


Salam... ehem2, ni bukan karya farah ok, jangan salah sangka plak, hehe, hanya untuk perkongsian semata2, tengah2 belek hardisk terjumpa sajak ni, cam besh je, ase cam kena dgn situasi zaman skrg kn??? hehe, maklomla ramai sahabat2 nak kahwin tapi mak ayah belum izin, yg izinkan plak demand la plak, alahai... kalau ase sesuai bagi boleh la tujukan sajak ni pada mak ayah korang, hahak, ne taw sentap jiwa raga, tup tup mak ayah kasik kahwin, wuhuuu!!! melompat2la awok2 yek, klu saksess jgn lupa blanje farah chicken chop okep??? hehe jom  layanzzzzzz (^^,)/


http://www.emocutez.comKELUHAN SI TERUNAhttp://www.emocutez.com

Ayah ! Ibu ! Tolonglah aku !
Aku ingin kahwin, Tapi tak mampu!
Nak buat kecil-kecilan, Ibu tak setuju.
Apa nak buat, sudah nasibku.
Despatch rider, pekerjaanku

Gajiku pulak, tak sampai seribu..
Tapi bakal isteriku tu, cikgu
Mak dia mintak hantaran, sampai sepuluh ribu !!
Hai.. Aku pun tak tahu..
Apa nak jadi, dengan bangsaku.
Makin jauh dan tenggelam,
Dalam keduniaan dan pembaziran.
Sampai nak kahwin pun, Jadi satu kesusahan.

Aku bukan pelokek, Aku bukan kedekut,
Tapi kalau mahal sangat, Memanglah tak patut !

Bersanding kan adat Hindu,
Apasallah kita ni, dungu ?
Kitakan dah Islam..
Beratus tahun dahulu ?
Kenduri kahwin tu, bukannya salah
Asalkan dibuat, mengikut sunnah
Takde pembaziran, takde bid'ah
Lebih gembira, lebih meriah !
Kalau duit tu, kita buat sedekah
Dirikan masjid ke, atau madrasah
Kan lebih baik, dan barakah ?
Mendekatkan kita, kepada Allah ?

Aku nak kahwin, dan merasa bahagia..
Nikmat bekeluarga, ingin kurasa
Tapi kalau begini, macam mana ?
Boleh jadi papa kedana !
Hai Muslim.. Hai Muslimah..
Bilakah kita, akan berubah ?
Ikutilah cara Rasulullah..
Kan lebih baik, dan diberkati Allah ?

http://www.emocutez.comKELUHAN SI DARAhttp://www.emocutez.com
Ayah ! Ibu !
Ampunkan Daku !
Bukan Ku Sengaja, Bukan ku Tak Mahu !
Kahwin itu besar pengertiannya
Bukan sekadar suka-suka
Semua orang kahwin minta bahagia
Aku pun mahu berteman juga
Bukan harta benda ataupun rupa
Mahupun bujang atau yang duda
Aku tak kisah tua ke muda
Asalkan baik hati budinya
Ku cuba cari teman sejati

Yang memahami hati ini
Seorang yang berjiwa murni
Teguh peribadi dan positif personaliti
Seorang Muslim yang solehah
Gaya hidup mengikut Sunnah
Menjadi contoh anak isteri
Membimbing keluarga yang mithali

Duit hantaran dan persandingan
Itu semua bukan jaminan mahligai dunia akan aman
Yang penting pernikahan
Adat resam mesti dijaga
Asal tidak melanggar Aqidah
Ramai Melayu masih lupa
Bersanding - dalam Islam memang bercanggah
Buatlah majlis yang sederhana
Ijab kabul biar sempurna
Pasangan mempelai diraikan bersama
Sebagai pengumuman pada semua
Duit hantaran jangan dibazirkan
Buat simpanan masa hadapan
Suami isteri harus muafakat
Agar ekonomi keluarga terselamat!

Wahai Ayah ! Wahai Ibu !
Ku mohon doa ku mohon restu
Biar pun lambat jodoh ku temu
Asal bahagia berkekalan sepanjang hayat ku

Teruskan membaca...

 

Designed by : NURQASEH RAMADHAN | Renovated from Ipietoon
Cartoon Illustration By : Nayzak and Syftalkie