Cinta, Kan Ku Setia Menanti


Assalamu'alaikum...

Syukur alhamdulillah, sedar tak sedar dah hampir 5 bulan farah bergelar isteri kepada seorang suami, hehe... Banyak suka duka yang kami tempuhi sepanjang tempoh 5 bulan ni. Farah syukur sangat2 sebab dikurnia seorang suami yang penyayang, dan yang paling farah suka, senyumannya... bila dia senyum nampak gigi, alalala cuweeet sangat *pengsan*. Farah tak sangka Allah SWT temukan farah dengan seorang lelaki dari keturunan baik-baik, ustaz pulak tu, sedangkan farah ni, ape la sangat kan, huhu... tu la orang cakap "dah jodoh", farah anggap ni sebagai rezeki dan antara anugerah paling berharga dari Yang Maha Esa.

farah akui bila kita dapat sesuatu yang berharga, kita perlu bayar maharnya, apabila Allah kurniakan nikmat, Allah akan turunkan ujian buat kita untuk menguji iman kita. Itulah yang farah lalui sekarang ini. Bukan ingin meratapi tapi ingin berkongsi yang perkahwinan ini banyak liku-liku yang kita perlu lalui, dan perlu saling memahami. Seperti yang farah cakapkan tadi, farah bertuah sangat-sangat dapat seorang suami yang pengayang. Tapi sesuatu yang farah kagum dengan suami farah, dia memang sayangkan farah tapi cintanya pada ilmu melebihi cintanya pada isteri. Buktinya kami perlu berjauhan selama beberapa bulan kerana suami farah mahu ke bumi Mesir demi mencari ilmu. Kalau ikutkan hati memangla farah nak ikut jugak tapi apakan daya farah perlu menamatkan pengajian di UPSI dulu. Bayangkan kami baru sahaja berkahwin, tak sempat nak honeymoon lagi ni, hehe, tapi kami terpisah seketika. Wallahi... berat hati melepaskannya pergi kerana bila kita kasihkan seseorang, pastilah kita kalau boleh mahu sentiasa bersamanya, hanya yang pernah mengalaminya kan memahami rasa rindu itu. Terkadang air mata berguguran apabila rindu menjengah di kalbu. Walaupun berjauhan, suami farah sentiasa bertanya khabar dan memberi kata semangat supaya dikuatkan hati. Sampai suatu ketika, farah rinduuuuuuu sangat-sangat kat dia, sebab kebiasaannya waktu farah tension @ stress, dia sentiasa asa disisi, tempat farah mengadu, tenang apabila bersamanya, semangat yang hilang kembali membara selepas mendengar kata-kata hikmah darinya. 

Walaupun hati ini terusik kerana berjauhan dengan suami tercinta, menangis hiba tatkala rindu menjengah, suami farah tak pernah henti memberi semangat.
Farah : Wahai suamiku yang dikasihi, katakanlah padaku sesuatu yang boleh menenangkan hatiku.
Suami : Sayangku, dengar sini... sungguh dirimu isteri terbaik untuk seorang suami, dan fahamilah redha Allah terletak pada redha suami, dan abang redha akan dirimu. kalau sayang redha dan ikhlas dengan abg, sayang akan dapat  pahala sama dgn abg. Sayang kena kuat, abang pergi tak lama, lagipun abang bukan pergi bersuka ria, abang pergi menuntut ilmu sayang. Dah ek, nanti abang balik.

Bercucuran airmata mendengar kata-kata darinya. Walaupun perginya hanya beberapa bulan, tapi hanya Allah yang Tahu, sehari bagaikan setahun lamanya. Mendengar kata-katanya, sungguh hati ini merasa tenang kerana sedarlah diri ini akan janji-janji Allah. Teringat suatu kisah pada zaman Rasulullah SAW.

Al- Bazzar dan At Thabrani meriwayatkan bahwa seorang wanita pernah datang kepada Rasullullah SAW lalu berkata :

Aku adalah utusan para wanita kepada engkau untuk menanyakan : Jihad ini telah diwajibkan Allah kepada kaum lelaki, Jika memang mereka diberi pahala dan jika terbunuh mereka tetap diberi rezeki oleh Rabb mereka, tetapi kami kaum wanita yang membantu mereka , pahala apa yang kami dapatkan?

Nabi SAW menjawab :” Sampaikan kepada wanita yang engkau jumpai bahwa taat kepada suami dan mengakui haknya itu adalah sama dengan pahala jihad di jalan Allah, tetapi sedikit sekali di antara kamu yang melakukanya."

Ya Allah, rupa-rupanya Allah sedang mengujiku dan mungkin juga mahu mengurniakanku pahala jika redha dengan pemergian suamiku untuk menuntut ilmu. Syukurlah, sewaktu hati rasa rindu, tetapi bila teringatkan janji Allah dan ganjaran pahala untuk setiap yang sabar dengan ujian, hati ini kembali tenang. Mungkin ada hikmah yang tersembunyi, walaupun pada mulanya kita tidak suka, benarlah kata-kata Allah Yang Maha Suci. Allah SWT telah mengingatkan kita agar tidak membenci atau menyukai sesuatu padahal kita tidak tahu rahsia di sebalik sesuatu, dalam Surah Al Baqoroh ayat 216 :  

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”
Semoga di penghujung penantian ini Allah kurniakan kemanisan sebuah pertemuan. 
Berterima kasihlah kerana jika tidak kerana perpisahan, kita tidak akan merasai manisnya sebuah pertemuan. Jangan pernah ingin bertemu jika takut untuk berpisah, kerana setiap pertemuan itu pasti akan merasai perpisahan.

Terima kasih Ya Allah atas ujian yang Engkau berikan kerana ia mengajarku erti ketabahan. Dan daku masih menghitung waktu menanti kepulangan suami tercinta, inshaAllah dalam beberapa minggu lagi, bunga hatiku kan pulang ke tanah air, hehe... weee ~<3 tak sabar rasa tunggu kepulangannya, hehe... Oh angin, sampaikan salam rinduku padanya, katakan padanya aku terlalu rindu padanya, rindu akan senyum dan gelak tawanya, rindu akan kata-kata hikmah darinya, doaku agar dia baik-baik sahaja.
Abang, isterimu kan terus setia menanti kepulanganmu dengan penuh sabar
#Pssst... sahabat-sahabat yang belum nikah, kahwin lah cepat-cepat, seronoooooook sangat, tapi ingat, kahwin tu memang seronok, tetapi bukan untuk seronok-seronok je, hehe ~<3

14 Luahan Hati:

khaliFah_maahad on Friday, January 13, 2012 2:33:00 AM said...

nice~

siskahaidan on Friday, January 13, 2012 9:43:00 AM said...

sweet sgt baca kisah ni :) semoga kekal tabah!

scha kaurasa on Saturday, January 14, 2012 4:41:00 PM said...

waaaaa T_T sayu hati bile bace.saba eh k.farah.Allah telah menyediakan yang lebih baik untuk k.farah :')
**jeles ney!!!!!!!!!!!!! ».«" ©

Cikgu Fasiha on Saturday, January 14, 2012 9:26:00 PM said...

Jangan bersedih ye sahaabatku sayang.. Siha tahu Farah kuat dan tabah orangnya. Nanti ALLAH berikan balasan yang terbaik diatas penantianmu..

.:Insyirah:. on Monday, February 06, 2012 11:54:00 PM said...

assalamualaikum..
sabar ye ukhti..selit di hati "jauh itu dekat"..
moga kejauhan mengeratkan lagi kasih syg kalian..
barakallah..:)

lonelysoldierboy89 on Friday, February 17, 2012 2:12:00 AM said...

sweet sgt..alhamdulillah..hrp2 ade rezeki jgk utk kahwin awal..insya Allah

mastura aziz on Sunday, April 15, 2012 3:39:00 PM said...

hmm macam cerpen.besh2..hope tabah dengan ujian-Nya

Sherwieyna Muzzawer on Monday, June 04, 2012 4:25:00 PM said...

salam kenal.i dah follow blog kiut ni.follow i balik ye..tq..;D

Ayu Iman on Monday, July 02, 2012 4:33:00 PM said...

Assalamualaikum..iman datang singgah dan follow sekali..erm..sweet sgt entry nie..

ain dzaya on Thursday, July 05, 2012 12:07:00 PM said...

farah seriously dah lama ain tunggu farah update belog nie
~silent reader~

Muhammad syakir on Wednesday, August 01, 2012 12:38:00 AM said...

terbaekkk....semoga akak terus tabah mengharungi kehidupan sebagai seorang isteri yang solehah doakan ana untuk jumpe wanita yang solehah akak....syukran~

norulez rach on Wednesday, November 07, 2012 8:32:00 AM said...

SwEettt... X sabar nk kawen. T.T

BABY BOO on Saturday, November 17, 2012 1:43:00 AM said...

Assalammualaikum... salam perkenalan dr rakan UPSI juga, selamat pengantin baru, rasanya tak terlambatkan nk wish :)

atiqah zulkifli on Sunday, November 18, 2012 6:51:00 PM said...

salam...sweet sgt..Barakallah fik yer..Penantian itu bukan penyeksaan tetapi bukti kesabaran..

Post a Comment

Maceh atas sume komen ye... Saya hargai sume pandangan & teguran awak... Mudah-mudahan kita kan jadi lebih baik dari sebelumnya, inshaAllah... moga Allah redha~(^_^)/

 

Designed by : NURQASEH RAMADHAN | Renovated from Ipietoon
Cartoon Illustration By : Nayzak and Syftalkie