Selamat Pagi Cinta, Dah Solat Subuh?


assalamu'alaikum... salam sejahtera ke atasmu...

sahabatku...
sudah bangun pagi??? bersyukurlah kita masih hidup setelah dimatikan (tidur) semalam. Ucapkanlah alhamdulillah kita masih bernyawa dan diberi kesempatan untuk mengumpul bekalan ke negeri abadi. Lenakah tidurmu semalam??? Sungguh indah bukan??? Mimpi tentang bulan, mimpi di alam kayangan, mimpikan si dia yang didambakan, owh sungguh indah malammu hingga terasa tidak mahu bangkit dari lena yang panjang dan ingin terus mengulik mimpi yang tiada berkesudahan.

Sahabatku...
kita selalu manjakan diri kita, tidur di atas tilam yang empuk, bantal yang lembut berselimutkan sutera dengan tiupan angin penghawa dingin, indah dibuai mimpi indah...

hingga kita terlalu sukar untuk bangun malam untuk bermunajat kepadaNya, bersujud pada Yang Mengurniakan kita segala nikmat itu. walaupun terkadang kita tersedar di sepertiga malam, seolah-olah ada sesuatu yang mengejutkan kita dari tidur, terasa dingin malam menusuk ke tulang, lalu kita lihat jam yang berdetik, pukul 4 pagi??? aaaahhh!!! masih terlalu awal, lalu ditarik kembali selimut menyulam kembali mimpi-mimpi terindah...


Sunggah tidur itu suatu nikmat yang besar bukan??? Tapi pernahkan kita terfikir mengapa terkadang kita tersedar di saat insan2 lain nyenyak dalam dakapan malam???


Sahabatku... Allah mencintaimu, dia memilihmu untuk bangun bersujud padaNya, merintih padaNya kerana barangkali kamu sudah terlalu lama tidak mengadu padanya, jika diimbas kembali kamu kan merayu2 padaNya hanya bila kamu inginkan pertolongan, bila kamu mahukan bantuan, untuk cemerlang dalam peperiksaan, untuk berjaya dalam perniagaan, untuk mendapatkan si dia yang dicinta, untuk mengembalikan kesihatanmu, untuk duniamu, untuk angan-anganmu yang tiada berkesudahan...

sahabatku... sekali lagi Dia mengejutkanmu, azan subuh berkumandang memecah keheningan, menyapa telinga insan2, lalu sekali lagi kau tersedar, terkadang hatimu berbisik... "Ahhh bising, cepatnya dah subuh", lalu kau renung jam di dinding, 6.00 pagi, lalu hatimu berkata, "aahhh!!! masih awal lagi...", sekali lagi kau melakar mimpi hingga alam yang gelap gelita bertukar menjadi cerah, terang benderang di sinari cahaya mentari, ayam berkokok, burung2 berkicauan, pohon2 melambai mengalunkan zikir syahdu pada Tuhannya... sedang kamu masih lena, tidakkah kau malu pada mereka??? Kau biarkan subuh suci berlalu pergi, lalu malaikat mencatatkan amalanmu...

Wahai jiwa2 yang alpa!!!
Tidakkah engkau dengarkan ayat-ayat dari TuhanMu, tentang amaran azab seksa yang maha pedih kerana meninggalkan apa yang difardhukan ke atasmu, yer mungkin kau pernah dengar, tetapi hatimu tidak gentar, kau lupa, kau tidak takut kerana matamu tidak pernah melihatnya, kau mendengar tetapi tidak mengambil iktibar, solat Subuh hanya dua rakaat!!! tapi kau ingkar!!! kau lebih besarkan tidurmu dari seruan "hayya alassolah...", kerana kau meruntuhkan tiang-tiang agamamu tanpa sedikit pun rasa bersalah, tunggulah saat2 yang dijanji... hanya kerana nikmat yang sementara, sekali kau meninggalkan solat subuh, kau kan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun bersamaan 60 000 tahun di dunia.


Sahabatku, pernahkah kau mendengar suatu kisah :


Akan muncul seekor ular yang bernama 'Sujaul Aqra' dan ular itu berkata:
'Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan sembahyang Subuh.'

Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar,

begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.

astaghfirullah... astaghfirullah... sungguh azab, ampunkanlah dosa-dosa kami Ya Allah, ampunkanlah kelalaian kami Ya Allah, kami tidakkan dapat menahan azab seksa dariMu, jika Engkau tidak ampunkan kami, sungguh kami orang-orang yang rugi, maka terimalah taubat kami Ya Allah, kami insan yang lemah tanpa cinta dariMu...

moga kita mengambil iktibar dari amaran-amaran dari Allah kerana sesungguhnya kita hidup di dunia hanya sementara cuma, janganlah hanya kerana kenikmatan yang sedikit, kerana lebih sayangkan tidur, kita menanggung azab seksa Maha Pedih, nauzubillah...


Peringatan buat diriku yang hina,

Kalam dari Kalbu
Nurqaseh Ramadhan
6.00 pagi, 6 Ramadhan 1432Hijrah

3 Luahan Hati:

azahrohaizah on Saturday, August 06, 2011 8:50:00 AM said...

ter cucuk..aduh sakit nya..

Nurqaseh Ramadhan on Saturday, August 06, 2011 9:09:00 AM said...

saya pun, huhuhu... sama2 perbaiki diri ek ^_^

cik ah on Friday, September 23, 2011 6:00:00 PM said...

mudah-mudahan kita tidak trgolong dlm golongan hamba yg rugi.....

Post a Comment

Maceh atas sume komen ye... Saya hargai sume pandangan & teguran awak... Mudah-mudahan kita kan jadi lebih baik dari sebelumnya, inshaAllah... moga Allah redha~(^_^)/

 

Designed by : NURQASEH RAMADHAN | Renovated from Ipietoon
Cartoon Illustration By : Nayzak and Syftalkie