Hikmah Musibah : Fahami Bahasa Cinta


Sahabatku… pernahkah kau merasa terluka. Terluka kerana ditinggal sang kekasih? Terluka kerana dihina sahabat sendiri? Terluka kerana kata-kata nista & fitnah? Terluka kerana kesilapan sendiri??? Terluka kerana keterlanjuran kata??? Terluka kerana kehilangan insan tersayang??? Terluka kerana kehilangan segalanya??? Sakitkah? Sakit sangatkah? Sakitkah sahabatku??? Owh aku cuma bertanya, tidak perlu dikau ungkapkannya kerana aku juga pernah merasakannya. Menangislah… yer jangan malu untuk menangis, menangis sepuas hatimu, jangan kamu sombong untuk titiskan airmata biarpun kamu seorang lelaki. Menangislah sepuas hatimu jika itu bisa membuat dirimu kembali tenang. Menangis dan terus menangis, kerana tidak diciptakan airmata itu sia-sia, tiap yang tercipta punya hikmahnya sendiri. Tapi sahabatku… janganlah kamu menangis hingga kamu hilang pedoman diri, hingga sanggup menggadai nyawamu yang takkan ada gantinya. Hargailah tiap titis airmata dengan keinsafan. Menangislah supaya kau tahu dunia ini bukan hanya dipenuhi dengan kebahagiaan, di sini hanya tempat persinggahan sahabatku, di sini bukan syurga yang dipenuhi dengan keindahan tiada tara, yang tiap ruangnya dipenuhi wajah2 ceria tanpa secalit duka.

Sahabatku, terimalah takdir dengan redha. Sungguh hidup ini takkan pernah berhenti dari ujian. Renungilah ia dengan mata hati, mengapa dan kenapa semua ini terjadi??? Yer semua ini untuk menguji tahap keimanan kita, kesakitan, kehilangan insan tersayang, kegagalan, penghinaan dan segalanya penuh dengan hikmah. Ingatkah dikau saat2 bahagia, saat kamu ketawa ria, saat kamu senang lenang, berapa kali kau ingat pada Tuhanmu??? Ingatkah kau pada yang memberikan kamu nikmat yang kau kecapi??? Ahhh jangan kau berdusta, jarang sekali orang yang mendapat nikmat ingat akan Tuhannya, yer bila berjaya… kau sangka semuanya kerana usaha gigihmu sendiri, tapi kamu lupa untuk bersyukur. Bila kau kaya, kau angkuh dan bongkak dengan harta yang kau miliki, kau memandang rendah pada fakir2 miskin, dengan wang kau bisa membeli wanita tercantik, kau bisa menaiki kenderaan termewah, kau mampu tinggal di singgah sana terindah, berjalan mendongak langit, tapi kau lupaaaaaaaaaaa, hartamu itu sedikitpun tidak membantumu di akhirat kelak andai tidak kamu gunakan dijalankan pada jalan Allah.
Saat kau sihat, kau “enjoy” sana sini bersama teman-temanmu hingga kamu lupa panggilan Ilahi untuk bersujud padaNya, kau fikir kau kan hidup seribu tahun lagi, tapi kau lupaaaaaaa tubuhmu itu bukan milikmu, kamu lupa pada yang memberi tubuh badanmu, tapi kamu guna menuju tempat2 maksiat, kau lupa lagi. Lalu bila ujian menimpa, kau jatuh tersungkur, kau rasakan dunia ini sudah gelap gelita, kau salahkan takdir, kau salahkan orang2 sekelilingmu. Bila kau jatuh sakit, baru kau tahu betapa besarnya nikmat sihat itu, baru kau tahu tiada daya upaya melainkan Allah Yang Maha Kuasa dan segala yang ada hanyalah pinjaman semata-mata. Bila kau kembali sihat, kau berterima kasih padapak  doktor, pada ubat-ubatan, pada wang, kau lupa bahawa bukan mereka yang menyembuhkanmu tapi Allah! Jika tanpa izinnya kamu takkan kembali sembuh. Bila kau kehilangan segalanya baru terjaga dari mimpi yang panjang, baru kau sesali yang kau hanya seorang hamba yang tak punya apa-apa.

Sahabatku, mengapa bila senja barlabuh baru kau mahu pulang ke pengkalan? Mengapa bila hujan membasahi baru kau sesali? Sahabatku tiap detik yang berlalu takkan kembali, ibarat airmatamu yang berguguran, takkan dapat kau hirup kembali ke dalam matamu. Apa yang ada kini hanyalah penyesalan tidak berpenghujung, hanya airmata teman setia. 

Sahabatku, benar ujian itu cukup menyakitkan tetapi dunia belum berakhir. Kau masih punya waktu. Renungi hikmah di sebalik ujian. Jika tidak kerananya, pasti kamu masih lalai, masih alpa dengan dunia yang sementara, kau sungguh bertuah sahabatku kerana Allah masih ingat padamu, Dia merinduimu, kerana selama ini kau lupa padanya, kau lupa pada janji kasih yang terpateri sejak di alam rohani, kau berjanji sumpah setia taat hanya padaNya, bila kau diuji baru kamu ingat Tuhanmu, bila kamu susah baru kamu bersujud memohon ampun padaNya, kau merintih hiba meminta pertolongan daripadanya, tapi terkadang tidak juga termakbul doamu walau kau merintih hiba meratap sayu menyesali dosa-dosa lalu. Sahabatku, jangan pernah kau putus asa padaNya, teruskan berdoa, kerana mungkin Dia terlalu rindu padamu. Menangislah dan merintih hanya padaNya kerana dengan ujian ini kamu kan kembali menginsafi diri pada hakikat diri yang tak punya apa-apa, dan tiap apa yang kau miliki adalah miliknya. Yer ujian itu sungguh sakit, tapi fahamilah ujian itu bagai cemeti membawamu kembali ke pangkal jalan, dan lihatlah di depanmu jalan luas terbentang menuju negeri yang abadi, sungguh dunia ini penuh dengan onak duri dan badai yang melanda, harungilah ia dengan tabah. Setiap yang terjadi ada hikmahnya. Biarlah senja berlabuh melewati membawa kegelapan, kerana jika tidak kerana kegelapan itu, takkan kamu bisa menatap purnama indah di malam kelam. Terimalah ujian itu dengan penuh redha, jika tidak kerananya kamu takkan mampu meraih syurga nan indah yang tercipta buat hamba2Nya yang bertaqwa.


Muhasabah diri
Nukilanku nurqaseh ramadhan, 20.06.2011, 2.42 pagi.

7 Luahan Hati:

ezzati hamid on Tuesday, June 21, 2011 7:29:00 PM said...

hee btul tu .. kadang kadang kita selalu terluka dan terasa even dengan kawan baik sendiri , tapi tulahh kena la sabaq skit . kalau x hilang kawann sendiri
>.<

emimch on Thursday, June 23, 2011 4:54:00 PM said...

Ujian tanda Allah sayang kepada kita

*Entry yg menarik :)

Nurqaseh Ramadhan on Sunday, June 26, 2011 4:28:00 PM said...

betul2, kita bertuah di uji, de ramai lagi Allah biarkan lalai dengan nikmat kan??? alahai kalau gaduh dengan kawan sendiri lagi la, dah la tiap2 hari mengadap muka dia, jd kena pandai2la jaga hubungan agar xde yang terluka :)

Anonymous said...

terima kasih,dari coretan anda membuat kita sedar betapa kerdilnya diri kita dan seharusnya kita bersyukur dengan kurniaan allah,keberkesanan coretan ini membuatkan saya memanjangkan coretan anda ke blog saya,keizinan diminta.

Nurqaseh Ramadhan on Thursday, August 04, 2011 6:28:00 AM said...

sama2, sumenya datang dr Allah... kongsilah moga bermanfaat :)

nur farahin binti sulaiman on Friday, August 12, 2011 4:34:00 PM said...

bagus entry nie.. kdg2 manusia lalai dngn semua nie.. setiap yg berlaku ada hikmah disebalik semua nie..

Nurqaseh Ramadhan on Saturday, August 20, 2011 9:40:00 AM said...

yer... musibah suatu peringatan buat diri yang alpa

Post a Comment

Maceh atas sume komen ye... Saya hargai sume pandangan & teguran awak... Mudah-mudahan kita kan jadi lebih baik dari sebelumnya, inshaAllah... moga Allah redha~(^_^)/

 

Designed by : NURQASEH RAMADHAN | Renovated from Ipietoon
Cartoon Illustration By : Nayzak and Syftalkie