Petua Untuk Pemuda : Untuk Awek Muda


Assalamu’alaikum… hari ni farah taknak tanya khabar sahabat2, kalau tanya pun bukan kawan2 jawab pun kan, hehe… farah doakan dari jauh je semoga semua sihat sejahtera dalam nikmat iman dan islam. Bagi yang belum muslim, ni hao ma? Wo hen hao, xie xie ni… *psssttt 3tahun blaja bahasa cina, yang ni je slalu ingat, har3, peace xD*

Hmmm kali ni farah nak kongsi tips2 plak… Haaa dah baca nanti jangan lupa bagi tips kat farah plak ek, tak dapat yang warna merah, dapat yang warna hijau kebiruan tu pon jadi la kan, HAHA, erk tak faham??? Ok fine!!! Tak baik jadi kupitz taw, tak baik untuk kesihatan, HEHE.     (kupitz = kedekut, rujukan kamus dwibahasa kelate^^)

Okep, cakap fasal sehat2 nih, farah sebenarnya nak share tips2 macammana nak kekal awek muda… OH NO, ni bukan untuk awek2 je, dan bukan jugak untuk yang muda mudi je ok. Tips ni daripada Ustaz Ismail Kamus. Awak kenal tak sapa??? Haaahhhh??? Tak kenal??? Hayyak, sila ketuk ketampi 20x, aiseymen… Ish3… Ustaz ni tak jual kamus, tapi pengarang buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT. Haaa ingat tak??? Bagus2… jadi jom kita semak ape petua2 nak nak kekal awek muda.

1.     Melambatkan minum air setelah makan, minum sedikit (lebih kurang seteguk sahaja). minum setelah setengah jam selepas makan.
(pssttt... rasanya ramai yang minum bergelas2 sebelum dan selepas makan, kan kan kan??? Nak2 kalau hari panas, ade dekat segelen minum air, heee, lebih2 lagi kalau dapat minum air kelapa, perghhhh)

 2.      Rajin-rajin baca Al-quran niat ikhlas kerana Allah bukan kerana nak muda semata-mata.
(Haaa dengar tu, niat biar ikhlas, jangan tau nak jadi comey jer, ish3 hangpa ni^^)

3.      Menanam kuku / rambut yang dipotong atau gugur
(Yang ni agak2 boleh amalkan tak??? Mudah je kan, dah tanam tu awak takyah la rajin2 pegi baja, siram hari2 nak awek muda punya pasai, agak2 ler yang oiii :)

4.      Rajin-rajin bangun sembahyang tahajud di tengah malam sesungguhnya sekuat-kuat iman itu umpama seorang yang menyempurnakan wudhunya di waktu musim sejuk.
(Ohohok, terbatuk la pulak, takpe2 saya taw tak ramai yang rajin bangun malam, erkkk tak termasuk yang ngingau malam2 ek, hehek, tapi cam ustaz selalu pesan, niat tu penting kan??? InshaAllah kita sama2 cuba tingkatkan iman yek ^^)

5.      Sentiasa tenang dan tak marah-marah... kerana setiap ahli syurga itu lembut, mudah dan mesra, manakala setiap ahli neraka itu keras dan yang kasar kepada keluarganya.
(Haaa yang ni farah memang pantang, kalau orang suka marah2, farah plak suka nangis, eh bukan suka tapi mudah nangis, bila orang marah, memang rasa seram sejuk. Dahla suka marah, dahi berkerut, kulit berkedut, macammana nak dapat awek muda gitu??? yela mana ada orang marah sambil senyum, HAHA cuba awak try nak tengok, cam Mr. Kacang ada la, hehe.)


Ustaz pesan mulakannya dengan 'nawaitu'... amalkan sekerap termampu.Insya Allah mujarab.

Haaa pasni kita pakat2 amalkan ek, tak perlu dah you olz makan jamu mak dara, kopi janda ke, jus Dr. Rozmey ker... HAHAI, jimat kos cik kiah ooiii.... save bajet, boleh la beli selipar Crocs idaman sempena hari raya yang bakal tiba, haaaa sedekah kat tabung masjid lagi bagos kn... ehem2 sebut2 sal raya ni dah habis ganti uasa ker semua??? Yang pempuan biasa la dapat MC, yang lelaki yang terMC gak tu jangan lupa ganti ok??? Semoga tips2 yang ustaz bagi ni dapat kita amalkan sedikit demi sedikit. Nak muda tak??? Nak cantik tak??? Nak suami sayang tak??? Opppsss belum kahwin lagi ek, hehe...

Haaa jaga diri leklok ek, dan ingat cantik tak semestinya dari luaran je, hati tu paling penting, tapi luaran pun kena jaga gak tau supaya tak timbulkan aib diri sendiri nanti, yela dengan kulit berminyak, kalau perah boleh wat goreng ikan, rambut tak sikat, lebah lalu pun tertukar ingatkan sarang dia, kuku panjang cam pontianak, ada hitam2 lagi melekat dalam kuku... eeeeeeeeeeyuk, tak ker geli orang tengok, bukan ker kebersihan tu sebahagian daripada iman??? Jadi jom kita cuba amalkan tips2 dari ustaz ismail kamus, mana la taw dah nampak awek muda nanti ada anak datuk J masuk meminang, HAHAK, ok la farah nak sambung study, lusa dah nak exam, last paper, Matematik Ekonomi, doakan farah ek, lepas tu, yabedabeduuuuuuuu balik kampong, HOHO... renungkan2 selamat beramal ~(^^,)/

2 Luahan Hati:

KeTika CinTa BerTasbiH on Monday, April 25, 2011 12:20:00 PM said...

salam,nk tnye hkum tanam kuku,rmbut da ptong 2 WAJIB ke hukumnye?farah bce dr buku ust ismail kamus ye kn..tp bku 2 xkupas dgn mluas..mybe byk pndapat..wallahu'alam xbpe nk ingt asif,skadar btnye..^_^

Pustaka NurIman on Monday, May 23, 2011 4:14:00 PM said...

petua yg baik...

Post a Comment

Maceh atas sume komen ye... Saya hargai sume pandangan & teguran awak... Mudah-mudahan kita kan jadi lebih baik dari sebelumnya, inshaAllah... moga Allah redha~(^_^)/

 

Designed by : NURQASEH RAMADHAN | Renovated from Ipietoon
Cartoon Illustration By : Nayzak and Syftalkie