Saat Daku Bertukar Menjadi Panda Bear


Salam… ai awak2… cehat tak? Hehe soalan same je farah ni, HAHA…
Farah cebok sgt tak sempat nak update blog… Cebok sokmo farah ni.. HEKHEK
Takdela, tiba2 rasa windu kat awak2 sume… Maklomla ni musim exam.. farah baru abez 1 paper, lagi 2, hoho neves2 (o.O)~

Farah just singgah nak wish old a besh 2 u ol of u yg nk exam… Wat leklok ek, usaha habis2 then tawakal… ape pun jd pasni kita sama2 redha ek… kalau pat result gempax, sila blanja farah makan eskrem, MUAHAHA, takde kaitan… tapi kalau sebaliknya usahlah berduka lara, nti farah plak blanje korang sky juice, HAKHAK… air putih kn baik untuk kesihatan… buat ganti air mata yang kuar sebab nangis frust sal result.

Hmmm seriously farah sangat sebuk dengan esimen bertimbun… apatah lagi kena buat 2 proposal dalam 1 masa, Tuhan jela tahu bagaimana perasaan bila kita mencuba buat pe yang kita tak wape suke… yela bila cikgu math kena mengarang panjang2, hayya agak tensen lorh, rasa nak lari atas gunung then teriak… AAAARRRRRRRRRRRRRRRRGGGGGGGGGGGHHHHHHHH… pastu terjun lam sungai swim2 frog gitu then minum ayak nyiok, syiok wuhhh… HAHA, tapi takderla farah buat g2, tak sopan nooo owang pempuan menjerit2… jatuh saham 20sen, MUAHAHA…

Tapi farah cuba gak sedaya upaya siapkan, sampai tak tido malam, mata yang shantek bak bijik durian ni (HAHA, ase nak muntah hijau tak prasan dia ni, ngeh3^^) da bertukar jadi cam panda bear... http://www.emocutez.com
sep bep panda bear, still comey lagi kan, lalala.... http://www.emocutez.com

alhamdulillah ciap ugak akhirnya… ciap pulak sehari lagi nak exam, tak buat revision pape pn lagi… AYYAK, macam2 muncul dalam kepala ni takut takpat jawab… petang anta esimen, malam plak ade ceramah kat surau oleh Ustazah Fatimah Syarha… WAAAAAAAAAAAA gua dipersimpangan dilema, antara dua cinta… farah memang suke sangat ustazah comey tuh, sume hasil tulisan dia besh3, bukan senang ade peluang sebegininak pegi tapi esok nak exam, HOHO… cmne ni???

Farah termenung seketika… lantas berdoa dalam hati… Ya Allah permudahkanlah urusanku, farah tak boleh nak stat study sebab hati membuak2 nak ke program tu, apatah lagi klu dari rumah boleh dengar sayup2 suara kat surau… AAAHHHH farah mesti pergi!!! Kerana apa? Kerana farah ingat suatu wadah…

“Luangkanlah waktu untuk Allah…. Pasti Dia kan luangkan sebanyak2 waktu untukmu”

Dan awak tahu bila balik dari ceramah farah buat apa??? Farah buat peta… Eh exam math pun ade lukis peta ker? Bukan geografi je ke??? NGEH3… sebenarnya farah melukis peta atas bantal, kih3… erk tak faham??? Ish3 meh cini nak sengkes ket… farah pi tidur la makcik… ayoyoyo lambat no pick up eh… hehe. Farah rasa tenang & bahagia pas pi dengar ceramah.. hati yang berkecamuk hilang ntah ke mana lepas mendengar untaian hikmah dari ustazah, alhamdulillah syukran Ya Allah kerana memilihku untuk berada di majlis ilmu itu, dtaman-taman syurga.

Pagi esoknya baru farah study… Seb bep exam petang. Hmmm farah cuba buat sekadar termampu. Bangun paginya rasa tenang je… Then melangkah ke dewan exam di proton city seat no 2 lagi, haha. Melangkah dengan senyuman tanda hati senang. Sejam setengah kemudian tamatlah exam. FUHHH!! Lega sangat2… syukur alhamdulillah rasa hepi sgangat2 walaupun ade yang lompang2 ket tapi overall alhamdulillah dapat jawab dengan penuh yakin. Ase terharu pun ade, dalam kesempitan waktu study, farah dapat jawab dengan senyuman… apalagi yang mampu ku lafazkan melainkan… TQ ALLAH… TQ ALLAH… TQ ALLAH… tak terhitung banyaknya kurniaanMu pada hamba yang kerdil ini.

Jadi moral of da story:
~ jangan study last minit
~ jangan suka tangguh2 wat keje
~ jangan wat peta masa tidur, EHHH? Heee… dan paling penting
~ JANGAN PERNAH PUTUS ASA PADA ALLAH kerana DIA tahu apa yang terbaik untuk hamba2nya… Janganlah kamu berkira-kira meluangkan masa untuk agama Allah kerana inshaAllah Dia kan permudahkan untukmu menempuhi hidup ini.

Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: PELIHARALAH ALLAH NESCAYA ALLAH AKAN MEMELIHARAMU. PELIHARALAH ALLAH NESCAYA ENGKAU AKAN DAPATI DIA DI HADAPANMU. APABILA ENGKAU MEMINTA, MAKA PINTALAH DARI ALLAH. APABILA ENGKAU MEMINTA PERTOLONGAN, MAKA MINTALAH PERTOLONGAN DENGAN ALLAH. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran-lembaran telah kering (dakwatnya). Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan Sohih.

Psttt... salam imtihan buat sahabat2 yang nak exam, chayyok3, i know u can do it (^^,)/


0 Luahan Hati:

Post a Comment

Maceh atas sume komen ye... Saya hargai sume pandangan & teguran awak... Mudah-mudahan kita kan jadi lebih baik dari sebelumnya, inshaAllah... moga Allah redha~(^_^)/

 

Designed by : NURQASEH RAMADHAN | Renovated from Ipietoon
Cartoon Illustration By : Nayzak and Syftalkie