Tudung Oh Tudung : Tingginya Sanggul Dia


Assalamu’alaikum... 
ai kawan2 sume sehat tak??? Hari ni farah nak jadi pengkritik fesyen tak bertauliah sket, hehe. Sebenarnya dah lama nak tulis entri ni tapi tak berkesempatan. Alhamdulillah arini farah cuba gak luangkan sedikit berkongsi, inshaAllah mudah-mudahan kita sama-sama beringat ye.

Zaman sekarang semakin ramai wanita Muslim memilih untuk bertudung. Walaupun sebelum ni nama je Islam tapi tak bertudung. Belum sampai seru katanya. Apatah lagi wanita sekarang didedahkan dengan pelbagai gaya bertudung yang memikat. *Ehek ayat skema la plak, cam wat esaimen jek, theee*. Tudung tu sendiri ada macam-macam jenis. Tudung Wardina, tudung Bawal, Tudung Waheeda, Tudung Syria, Selendang dan macam-macam lagi la. 
Hmmm wanita sekarang da makin pandai bergaya. Gaya bertudung plak tak yah cakap la, belit sana, belit cini, cucuk sana cucuk sini, mujur takde yang tercekik je. Yela putar selendang sampai wape kali pusing ntah, fesyen la katakan. Yang lain tak penting, yang penting cantik dan bergaya. Pssst, *cantik ker??? Ohohok*

Tapi Cik Farah takmo cakap sal tu, tak kesah la nak bertudung macam mana pun asalkan menutup aurat dan tak melanggar batas2 syariat yang digariskan dalam Islam. Hari ini Farah nak “hailaik”kan sal fesyen bertudung yang semakin fofular sekarang. 

MySpace“Fesyen camne tu Farah??? Cer citer... cer citer... “

“Eik mentang2 baru pas tengok citer hantu Kak Limah, muahaha, nak taw fesyen yang mane satu, jom kte jawab kuiz dulu yok.”


Haaa cepat2 cari jawapan dia apa??? Da jumpa??? Jom kita lihat siapa yang kena!!!



Sama tak jawapan dengan awak??? Waaa pandainyaaa, anak sape la ni....
Apa pendapat awak, shanteq tak??? Haha tak sangka kan fesyen bonggol unta ni ugak yang diorang pilih. 

“So what Cik Farah??? Apa masalahnya??? I taw u ol jeles kan??? Cantik ape.”

Erk bukan jeles tapi kesian. Tidaklah daku berbicara kosong dan hanya mencari kesalahan orang lain. Mari kita hayati pesanan Rasulullah SAW yang berbunyi :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

yang bermaksud :
Daripada Abu Hurairah ra beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah bersabda :

2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.

Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol. Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini.


* Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim,Imam Ahmad,Imam Malik dan selain mereka.Hadith ini adalah hadith sahih.

Yang... awak bertudung da bagus dah, cantik pun cantik, takde la nampak rambut awak yang menggerbang tu, kalau tak jalan malam2 dengan rambut cenggitu, orang  lari lintang pukang la hingat pontianak mana la, hehe, gurau jek.

Kan banyak lagi gaya bertudung lain yang boleh kita ikut. Awak rasa cun ke pakai sanggul tinggi2 camtu??? Ala-ala mak datin ye, biar papa asal bergaya, gitu ek??? Kalau nak wat sangkut tuala pun bagus ugak tu, kan kan kan... hehe. Kalau pegi kuliah dah sakit bahu pikul beg, sangkut kat citu pun boleh ugak, theeee...
 “A ah ek, bagus gak idea tu, banyak fungsi gak pakai sanggul tinggi2...”

Dush3... banyak la pekdahnye... Apa yang lebih penting bagimu sebagai seorang muslimah??? Berpakaian serba indah untuk meraih pujian orang semata-mata atau berpakaian mengikut lunas-lunas Islam??? 

Tak guna cantik di dunia ni awak kalau dalam masa yang sama mengundang murka Allah. Ke mana nak dibawa puji2an daripada manusia tentang kecantikan yang awak miliki, sekali orang puji dapat duit sejuta??? Dapat rumah sebuah?? Dapat kete sejibik??? Takde kan... Yang ada ada hanya rasa bangga, hidung pun makin tinggi macam pinnacio, sama tinggi dengan sanggul tudung awak tu... Inilah yang dikatakan tabarruj. 

MySpace“Erk tabarruj??? Ape kebenda plak tu Cik Farah???”
“U ni cer rajin2 sket tanya incik google, ni asyik fezbuuuuk je”http://www.emocutez.com
MySpace“Ek eleh Farah ni, cam la dia tak men facebook”
“Erk... hehe, tu lain citer...”http://www.emocutez.com


Kalau yang da masuk universiti, kesian kat yang kemetot cam cik Farah ni, ehek... nak2 kalau lelaki yang duduk belakang wanita yang bersanggul tinggi, kan menghalang pandangan, kesian dia takleh tengok lecturer ngajo, al-maklomla ada bukit bukau yang menghalang pandangan. Nak tegur segan la plak, alahai serba salah dibuatnya.


Jadi sebelum buat sesuatu fikir dulu pro & kontra yek. Apa salahnya bertudung labuh, lagi comel... Nak pakai pun senang takyah nak belit2, simple but nice...  

Okep yang tu je nak share hari ni, mudah-mudahan kita sama-sama dapat manfaat. Pesanan untuk wanita2 lain dan juga peringatan buat diri sendiri. Bersederhanalah dalam berhias sesungguhnya kecantikan itu dalam kesederhanaan dan kecantikan sejati lahir daripada hati yang suci. Sekian terima taceh.



5 Luahan Hati:

Anonymous said...

owh...baguslah..dh xnk pakai tudung bongol lagi la..hik3...

Unknown on Sunday, March 13, 2011 10:19:00 AM said...

haha..saya memang tak suka tudung sanggul tinggi nih..nice comparison..hikhikhik

Nurqaseh Ramadhan on Saturday, April 02, 2011 9:32:00 PM said...

hehe, syukran ^^

Nuraini Munawar on Sunday, April 17, 2011 6:40:00 PM said...

Farah: i am loving it. terima kasih <3<3<3

iman. on Wednesday, September 21, 2011 1:18:00 AM said...

:) nice sharing .

Post a Comment

Maceh atas sume komen ye... Saya hargai sume pandangan & teguran awak... Mudah-mudahan kita kan jadi lebih baik dari sebelumnya, inshaAllah... moga Allah redha~(^_^)/

 

Designed by : NURQASEH RAMADHAN | Renovated from Ipietoon
Cartoon Illustration By : Nayzak and Syftalkie