“Tak…”
“Habistu??? Aaaa mesti ambik kos bahasa arab kan kan kan…”
“Tak ugak, saya program matematik la…”
“Lor saya ingatkan usatajah td…”
“…”
Hmmm soalan2 sebegini selalu diajukan pada mereka yang bertudung labuh… Asal tudung labuh je ingat ustajah, asal pakai tudung bulat je orang ingat peajar jurusan agama…
Haishhh… Saya bukan ustajah, bukan juga anak ustaz, Udak sekolah arab pun bukan, apatah lagi blaja bahasa arab… tak penah sekali pun, nehi hei babuji…
Saya bertudung labuh sebab saya seorang muslimah!!! Iye betul biasanya ustajah yang pakai tudung labuh… Tapi tak salahkan saya memakai tudung labuh... Sebagaimana firmannya :
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)
Ada juga yang menyangka bila seseorang itu berlabuh, bermakna alimnya seorang wanita. Hakikatnya tak semua yang bertudung labuh sarat dengan ilmu-ilmu ukhrawi.
Sama ugak dengan farah, tudung memang labuh, tapi farah ini insan faqir… ilmu di dada ni cipuuuuuuuuuutt sangat.
"Dahtu kenapa bertudung labuh?"
Awak… Islam menyarankan muslimah untuk bertudung labuh kerana penuh dengan hikmah.
Ia bukan sekadar menutupi aurat, tetapi juga melindungi diri. Tudung itu sendiri bisa mendidik si pemakainya…
“Eh tudung pun boleh jadi cikgu???”
Boleh dikatakan begitu… cuba awak bayangkan, agak2 ada ke wanita bertudung labuh pergi berpesta, pegi disco? Ya kalau ada pun cuma segelintir yang tak tahu malu… Bila bertudung labuh kita kan lebih menjaga akhlak, yela… takkan yang bertudung labuh nak terlompat-lompat, terkinja2 tengok konsert, menjerit2 macam kena hysteria… kan kalau perangai tak jaga, nanti orang mengata, harap je pakai tudung labuh tapi perangai… hak tuihhhh :P
Ish3…. Nauzubillah…
Bila jenjalan kat mana2 jarang lelaki yang berani tegur lebih2, paling tidak pun mereka bagi salam…
“Assalamu’alaikum ustajah… tak jawab dose taw”
Tengok, yang nakal pun tiba2 jadi budak baik, tapi kalau yang seksi2 pakai baju macam pembalut nangka, tudung singkat sampai nampai Nampak leher jinjang, pak imam pun boleh melayang kopiah.
Kerana sudah menjadi fitrah, lelaki kan tertarik pada wanita, dengan susuk tubuhnya yang menggoda, jalan lenggak lenggok, ustaz pun gigit jari taw, apatah lagi yang lemah imannya.
Kadang2 lelaki tertarik mendekati wanita bertudung labuh kerana keindahan akhlaknya. Jadi mereka rasakan mereka perlu berubah tetapi dalam masa yang sama mereka ingin mendampingi wanita yang bertudung labuh yang mungkin boleh membantu mereka dengan ilmu yang wanita itu ada.
“Awak… saya nak berubah jadi udak baik, boleh tak awak awak bimbing saya?”
“Kenapa saya”
“Sebab saya tengok awak alim je”
“Kenapa??? Sebab saya pakai tudung labuh??? Awak lelaki kalau benar2 mahu berubah, awak seharusnya cari yang sama jantina dengan awak. Kerana itu lebih terjaga dan jauh dari fitnah. Ramai lagi lelaki yang jauh lebih alim dari saya… “
Iye walaupun kami bertudung labuh, tapi belum tentu ilmu setinggi langit. Bukan kami kedekut ilmu, sombong, setakat ilmu yang ada bolehla kami share2 kerana ilmu itu bila kita beri ia makin bertambah. kami juga masih berusaha mencari sebanyak ilmu yang mungkin, kerana hanya dengan ilmu mampu mengubah seseorang membawa keluar dari kotak kejahilan.Kerana ilmu itu cahaya, penunjuk jalan. Apatah lagi ilmu yang diamalkan, pasti terpancar nur dari dalam hati. Kami juga perlu dibimbing, dan tudung labuh ini bukanlah suatu lambang ketinggian ilmu seseorang. Cuma kami cuba jadi yang terbaik, apa yang kami mampu lakukan, kami kan cuba sedaya upaya mengamalkannya kerana indahnya hidup bersyariat. Dan tak bermakna yang tudung singkat itu sedikit ilmunya, cuma mungkin masih belum tergerak hatinya untuk berubah kepada yang lebih baik, sama-sama kita doakan ek.
16 Luahan Hati:
suka post ini.
moga istiqomah ye awak..^^
salam ziarah.
'awak amek kos pendidikan islam ek?'
'tak..'
'Habis tu?? aaa...mesti amek b. arab kan kan..'
'tak ugak, sy program matematik la..'
he..1 dialog yg sgt sinonim dgn diri bila 1st-1st masuk kolej.
ingtkn bila msuk sem 2, smuanya akn b'akhir. rupanya, masih ada agy senior2 yg t'tnya2 n menanyakn soalan mcm tu.
Hakikatnya, kwajipan mlabuhkn tudung bkn hnya d suruh kpd mereka yg amek kos agama tpi kpd smua yg b'gelar muslimat.
moga trus istiqomah.. :)
teratai biru ~~~ syukran, inshaAllah ukhti, doakan yer :)
anon ~~~ ni pelajar UPSI jugak ker? hehe tula asal tudung labuh je panggil ustazah kn, hehe, syukran jiddan :)
nice...
jom baca dan komen Sifat Wajib Allah.
chaiyok2 akak!!1 semoga kita always daslam redha Allah :):)
syukran jiddan... insyaAllah dik
assalamu'alaikum..salam perkenalan..suke baca entry ni..sbbnye pernah mengalami..he..he..
yg paling x leh lupa ada orang tanya - bapak ko ustaz ye ke mak ko ustazah..?
jwpn:bkn..bkn..
semoga kt sama2 istiqamah...
insyaAllah..
wslm... salam ukhwah, hehe alamak sama la kita, asal tudung labuh je dorh fikir cenggitu, hehe, inshaAllah sama2 istiqamah
betul2.. org pandang serong kpd org y tdak bersekolah arab.. kdg2 org sekolah arab pon sme je ngn bdk sek men biasa.. jgn lah kita pndang sek pndanglah peribadi dia.. kdg2 kesian tgk bdk y sek men biasa tp y brtudung labuh... some people looking weird to them.. mereka mncuba ke arah kebaikan..
biarkan orang kata kita hipokrit ker ape, percayalah bila kita sudah bertudung labuh, lama kelamaan kita kan terdidik untuk menjaga akhlak diri inshaAllah suatu hari kan menjadi wanita dambaan syurga ^_*
mohon share gambar ukhti boleh?????
tafaddal ya ukhti syahirah ~(^^,)
hehehe..syukran...ana suka entri ni..thumbs up! buat ana rasa nak tulis jugak pasal jilbab labuh :)
very interesting..i like it !!! keep it up..(n_n)v
comeiiiii sangaatttt....ske3x. huhuk. pnh gak makcik tnya bila kt da btdung labuh. Ni arqam ke tabligh ke ape?
Kt pon jwb je la. Islam. huhuk~ Jwpn plg ringkas sy dpt bg msa tu. Sbb nk citer pnjg lebar kang xjd blik umah. hehee~ smoga ALLAH mbntu kt mberi kfhmn pd yg lainnya ;)
saya sangat setuju dgn entri nie...
btol 2 x semestinya tudung labuh tp ilmu ckup didada...
x semestinya tudung labuh kite baik dlm semua perkara... manusia ttp ade kekurangan
Post a Comment
Maceh atas sume komen ye... Saya hargai sume pandangan & teguran awak... Mudah-mudahan kita kan jadi lebih baik dari sebelumnya, inshaAllah... moga Allah redha~(^_^)/