Wanita : Aku Tercipta Untukmu


Wahai kaum adam... kami mohon didiklah kami dengan keimanan, tuntunlah kami menuju cinta Allah... tarbiyahlah kami dengan penuh berhikmah... janganlah kiranya kalian menghambur kata-kata kesat yang bisa menghancurkan sekeping hati... Ingatlah kami tercipta dari tulang rusukmu, andai kamu terlalu berkasar tulang itu bisa patah, andai terlalu lembut pula ia kan terus membengkok... 

Teruskan membaca...

Petua Untuk Pemuda : Untuk Awek Muda


Assalamu’alaikum… hari ni farah taknak tanya khabar sahabat2, kalau tanya pun bukan kawan2 jawab pun kan, hehe… farah doakan dari jauh je semoga semua sihat sejahtera dalam nikmat iman dan islam. Bagi yang belum muslim, ni hao ma? Wo hen hao, xie xie ni… *psssttt 3tahun blaja bahasa cina, yang ni je slalu ingat, har3, peace xD*

Hmmm kali ni farah nak kongsi tips2 plak… Haaa dah baca nanti jangan lupa bagi tips kat farah plak ek, tak dapat yang warna merah, dapat yang warna hijau kebiruan tu pon jadi la kan, HAHA, erk tak faham??? Ok fine!!! Tak baik jadi kupitz taw, tak baik untuk kesihatan, HEHE.     (kupitz = kedekut, rujukan kamus dwibahasa kelate^^)

Okep, cakap fasal sehat2 nih, farah sebenarnya nak share tips2 macammana nak kekal awek muda… OH NO, ni bukan untuk awek2 je, dan bukan jugak untuk yang muda mudi je ok. Tips ni daripada Ustaz Ismail Kamus. Awak kenal tak sapa??? Haaahhhh??? Tak kenal??? Hayyak, sila ketuk ketampi 20x, aiseymen… Ish3… Ustaz ni tak jual kamus, tapi pengarang buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT. Haaa ingat tak??? Bagus2… jadi jom kita semak ape petua2 nak nak kekal awek muda.

1.     Melambatkan minum air setelah makan, minum sedikit (lebih kurang seteguk sahaja). minum setelah setengah jam selepas makan.
(pssttt... rasanya ramai yang minum bergelas2 sebelum dan selepas makan, kan kan kan??? Nak2 kalau hari panas, ade dekat segelen minum air, heee, lebih2 lagi kalau dapat minum air kelapa, perghhhh)

 2.      Rajin-rajin baca Al-quran niat ikhlas kerana Allah bukan kerana nak muda semata-mata.
(Haaa dengar tu, niat biar ikhlas, jangan tau nak jadi comey jer, ish3 hangpa ni^^)

3.      Menanam kuku / rambut yang dipotong atau gugur
(Yang ni agak2 boleh amalkan tak??? Mudah je kan, dah tanam tu awak takyah la rajin2 pegi baja, siram hari2 nak awek muda punya pasai, agak2 ler yang oiii :)

4.      Rajin-rajin bangun sembahyang tahajud di tengah malam sesungguhnya sekuat-kuat iman itu umpama seorang yang menyempurnakan wudhunya di waktu musim sejuk.
(Ohohok, terbatuk la pulak, takpe2 saya taw tak ramai yang rajin bangun malam, erkkk tak termasuk yang ngingau malam2 ek, hehek, tapi cam ustaz selalu pesan, niat tu penting kan??? InshaAllah kita sama2 cuba tingkatkan iman yek ^^)

5.      Sentiasa tenang dan tak marah-marah... kerana setiap ahli syurga itu lembut, mudah dan mesra, manakala setiap ahli neraka itu keras dan yang kasar kepada keluarganya.
(Haaa yang ni farah memang pantang, kalau orang suka marah2, farah plak suka nangis, eh bukan suka tapi mudah nangis, bila orang marah, memang rasa seram sejuk. Dahla suka marah, dahi berkerut, kulit berkedut, macammana nak dapat awek muda gitu??? yela mana ada orang marah sambil senyum, HAHA cuba awak try nak tengok, cam Mr. Kacang ada la, hehe.)


Ustaz pesan mulakannya dengan 'nawaitu'... amalkan sekerap termampu.Insya Allah mujarab.

Haaa pasni kita pakat2 amalkan ek, tak perlu dah you olz makan jamu mak dara, kopi janda ke, jus Dr. Rozmey ker... HAHAI, jimat kos cik kiah ooiii.... save bajet, boleh la beli selipar Crocs idaman sempena hari raya yang bakal tiba, haaaa sedekah kat tabung masjid lagi bagos kn... ehem2 sebut2 sal raya ni dah habis ganti uasa ker semua??? Yang pempuan biasa la dapat MC, yang lelaki yang terMC gak tu jangan lupa ganti ok??? Semoga tips2 yang ustaz bagi ni dapat kita amalkan sedikit demi sedikit. Nak muda tak??? Nak cantik tak??? Nak suami sayang tak??? Opppsss belum kahwin lagi ek, hehe...

Haaa jaga diri leklok ek, dan ingat cantik tak semestinya dari luaran je, hati tu paling penting, tapi luaran pun kena jaga gak tau supaya tak timbulkan aib diri sendiri nanti, yela dengan kulit berminyak, kalau perah boleh wat goreng ikan, rambut tak sikat, lebah lalu pun tertukar ingatkan sarang dia, kuku panjang cam pontianak, ada hitam2 lagi melekat dalam kuku... eeeeeeeeeeyuk, tak ker geli orang tengok, bukan ker kebersihan tu sebahagian daripada iman??? Jadi jom kita cuba amalkan tips2 dari ustaz ismail kamus, mana la taw dah nampak awek muda nanti ada anak datuk J masuk meminang, HAHAK, ok la farah nak sambung study, lusa dah nak exam, last paper, Matematik Ekonomi, doakan farah ek, lepas tu, yabedabeduuuuuuuu balik kampong, HOHO... renungkan2 selamat beramal ~(^^,)/
Teruskan membaca...

Mak!!! Ayah!!! Tolonglaaaa Izinkan Kami Kahwin


Salam... ehem2, ni bukan karya farah ok, jangan salah sangka plak, hehe, hanya untuk perkongsian semata2, tengah2 belek hardisk terjumpa sajak ni, cam besh je, ase cam kena dgn situasi zaman skrg kn??? hehe, maklomla ramai sahabat2 nak kahwin tapi mak ayah belum izin, yg izinkan plak demand la plak, alahai... kalau ase sesuai bagi boleh la tujukan sajak ni pada mak ayah korang, hahak, ne taw sentap jiwa raga, tup tup mak ayah kasik kahwin, wuhuuu!!! melompat2la awok2 yek, klu saksess jgn lupa blanje farah chicken chop okep??? hehe jom  layanzzzzzz (^^,)/


http://www.emocutez.comKELUHAN SI TERUNAhttp://www.emocutez.com

Ayah ! Ibu ! Tolonglah aku !
Aku ingin kahwin, Tapi tak mampu!
Nak buat kecil-kecilan, Ibu tak setuju.
Apa nak buat, sudah nasibku.
Despatch rider, pekerjaanku

Gajiku pulak, tak sampai seribu..
Tapi bakal isteriku tu, cikgu
Mak dia mintak hantaran, sampai sepuluh ribu !!
Hai.. Aku pun tak tahu..
Apa nak jadi, dengan bangsaku.
Makin jauh dan tenggelam,
Dalam keduniaan dan pembaziran.
Sampai nak kahwin pun, Jadi satu kesusahan.

Aku bukan pelokek, Aku bukan kedekut,
Tapi kalau mahal sangat, Memanglah tak patut !

Bersanding kan adat Hindu,
Apasallah kita ni, dungu ?
Kitakan dah Islam..
Beratus tahun dahulu ?
Kenduri kahwin tu, bukannya salah
Asalkan dibuat, mengikut sunnah
Takde pembaziran, takde bid'ah
Lebih gembira, lebih meriah !
Kalau duit tu, kita buat sedekah
Dirikan masjid ke, atau madrasah
Kan lebih baik, dan barakah ?
Mendekatkan kita, kepada Allah ?

Aku nak kahwin, dan merasa bahagia..
Nikmat bekeluarga, ingin kurasa
Tapi kalau begini, macam mana ?
Boleh jadi papa kedana !
Hai Muslim.. Hai Muslimah..
Bilakah kita, akan berubah ?
Ikutilah cara Rasulullah..
Kan lebih baik, dan diberkati Allah ?

http://www.emocutez.comKELUHAN SI DARAhttp://www.emocutez.com
Ayah ! Ibu !
Ampunkan Daku !
Bukan Ku Sengaja, Bukan ku Tak Mahu !
Kahwin itu besar pengertiannya
Bukan sekadar suka-suka
Semua orang kahwin minta bahagia
Aku pun mahu berteman juga
Bukan harta benda ataupun rupa
Mahupun bujang atau yang duda
Aku tak kisah tua ke muda
Asalkan baik hati budinya
Ku cuba cari teman sejati

Yang memahami hati ini
Seorang yang berjiwa murni
Teguh peribadi dan positif personaliti
Seorang Muslim yang solehah
Gaya hidup mengikut Sunnah
Menjadi contoh anak isteri
Membimbing keluarga yang mithali

Duit hantaran dan persandingan
Itu semua bukan jaminan mahligai dunia akan aman
Yang penting pernikahan
Adat resam mesti dijaga
Asal tidak melanggar Aqidah
Ramai Melayu masih lupa
Bersanding - dalam Islam memang bercanggah
Buatlah majlis yang sederhana
Ijab kabul biar sempurna
Pasangan mempelai diraikan bersama
Sebagai pengumuman pada semua
Duit hantaran jangan dibazirkan
Buat simpanan masa hadapan
Suami isteri harus muafakat
Agar ekonomi keluarga terselamat!

Wahai Ayah ! Wahai Ibu !
Ku mohon doa ku mohon restu
Biar pun lambat jodoh ku temu
Asal bahagia berkekalan sepanjang hayat ku

Teruskan membaca...

Saat Daku Bertukar Menjadi Panda Bear


Salam… ai awak2… cehat tak? Hehe soalan same je farah ni, HAHA…
Farah cebok sgt tak sempat nak update blog… Cebok sokmo farah ni.. HEKHEK
Takdela, tiba2 rasa windu kat awak2 sume… Maklomla ni musim exam.. farah baru abez 1 paper, lagi 2, hoho neves2 (o.O)~

Farah just singgah nak wish old a besh 2 u ol of u yg nk exam… Wat leklok ek, usaha habis2 then tawakal… ape pun jd pasni kita sama2 redha ek… kalau pat result gempax, sila blanja farah makan eskrem, MUAHAHA, takde kaitan… tapi kalau sebaliknya usahlah berduka lara, nti farah plak blanje korang sky juice, HAKHAK… air putih kn baik untuk kesihatan… buat ganti air mata yang kuar sebab nangis frust sal result.

Hmmm seriously farah sangat sebuk dengan esimen bertimbun… apatah lagi kena buat 2 proposal dalam 1 masa, Tuhan jela tahu bagaimana perasaan bila kita mencuba buat pe yang kita tak wape suke… yela bila cikgu math kena mengarang panjang2, hayya agak tensen lorh, rasa nak lari atas gunung then teriak… AAAARRRRRRRRRRRRRRRRGGGGGGGGGGGHHHHHHHH… pastu terjun lam sungai swim2 frog gitu then minum ayak nyiok, syiok wuhhh… HAHA, tapi takderla farah buat g2, tak sopan nooo owang pempuan menjerit2… jatuh saham 20sen, MUAHAHA…

Tapi farah cuba gak sedaya upaya siapkan, sampai tak tido malam, mata yang shantek bak bijik durian ni (HAHA, ase nak muntah hijau tak prasan dia ni, ngeh3^^) da bertukar jadi cam panda bear... http://www.emocutez.com
sep bep panda bear, still comey lagi kan, lalala.... http://www.emocutez.com

alhamdulillah ciap ugak akhirnya… ciap pulak sehari lagi nak exam, tak buat revision pape pn lagi… AYYAK, macam2 muncul dalam kepala ni takut takpat jawab… petang anta esimen, malam plak ade ceramah kat surau oleh Ustazah Fatimah Syarha… WAAAAAAAAAAAA gua dipersimpangan dilema, antara dua cinta… farah memang suke sangat ustazah comey tuh, sume hasil tulisan dia besh3, bukan senang ade peluang sebegininak pegi tapi esok nak exam, HOHO… cmne ni???

Farah termenung seketika… lantas berdoa dalam hati… Ya Allah permudahkanlah urusanku, farah tak boleh nak stat study sebab hati membuak2 nak ke program tu, apatah lagi klu dari rumah boleh dengar sayup2 suara kat surau… AAAHHHH farah mesti pergi!!! Kerana apa? Kerana farah ingat suatu wadah…

“Luangkanlah waktu untuk Allah…. Pasti Dia kan luangkan sebanyak2 waktu untukmu”

Dan awak tahu bila balik dari ceramah farah buat apa??? Farah buat peta… Eh exam math pun ade lukis peta ker? Bukan geografi je ke??? NGEH3… sebenarnya farah melukis peta atas bantal, kih3… erk tak faham??? Ish3 meh cini nak sengkes ket… farah pi tidur la makcik… ayoyoyo lambat no pick up eh… hehe. Farah rasa tenang & bahagia pas pi dengar ceramah.. hati yang berkecamuk hilang ntah ke mana lepas mendengar untaian hikmah dari ustazah, alhamdulillah syukran Ya Allah kerana memilihku untuk berada di majlis ilmu itu, dtaman-taman syurga.

Pagi esoknya baru farah study… Seb bep exam petang. Hmmm farah cuba buat sekadar termampu. Bangun paginya rasa tenang je… Then melangkah ke dewan exam di proton city seat no 2 lagi, haha. Melangkah dengan senyuman tanda hati senang. Sejam setengah kemudian tamatlah exam. FUHHH!! Lega sangat2… syukur alhamdulillah rasa hepi sgangat2 walaupun ade yang lompang2 ket tapi overall alhamdulillah dapat jawab dengan penuh yakin. Ase terharu pun ade, dalam kesempitan waktu study, farah dapat jawab dengan senyuman… apalagi yang mampu ku lafazkan melainkan… TQ ALLAH… TQ ALLAH… TQ ALLAH… tak terhitung banyaknya kurniaanMu pada hamba yang kerdil ini.

Jadi moral of da story:
~ jangan study last minit
~ jangan suka tangguh2 wat keje
~ jangan wat peta masa tidur, EHHH? Heee… dan paling penting
~ JANGAN PERNAH PUTUS ASA PADA ALLAH kerana DIA tahu apa yang terbaik untuk hamba2nya… Janganlah kamu berkira-kira meluangkan masa untuk agama Allah kerana inshaAllah Dia kan permudahkan untukmu menempuhi hidup ini.

Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: PELIHARALAH ALLAH NESCAYA ALLAH AKAN MEMELIHARAMU. PELIHARALAH ALLAH NESCAYA ENGKAU AKAN DAPATI DIA DI HADAPANMU. APABILA ENGKAU MEMINTA, MAKA PINTALAH DARI ALLAH. APABILA ENGKAU MEMINTA PERTOLONGAN, MAKA MINTALAH PERTOLONGAN DENGAN ALLAH. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran-lembaran telah kering (dakwatnya). Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan Sohih.

Psttt... salam imtihan buat sahabat2 yang nak exam, chayyok3, i know u can do it (^^,)/


Teruskan membaca...

Mencintai Rasulullah SAW : Mampu meningkatkan Selera Makan?


Assalamu’alaikum… awak2 pekabo? Cehat tak? Entry kali adalah bersempena Kempen Cintai Rasul yang farah sertai pada 26-27 Mac 20011 di Surau Al-Falah UPSI bersama sahabat farah, Aisyah. Sebelum menbaca dengan lebih lanjut, marilah kita sama-sama berselawat ke atas Baginda Nabi Muhammad SAW.


Hmmm, anyak input2 yang farah dapat sepanjang ceramah yang disampaikan oleh ustaz. Tapi apa yang menarik farah nak kongsi kali ni adalah KESAN-KESAN MENCINTAI RASULULLAH SAW. Kat bawah ni farah senaraikan antara kesan2nya :
-dapat mensucikan akal
-menghilangkan kerisauan
-memunculkan keberanian
-mendorong penampilan rapi
-menjaga akhlak mulia
-membangkitkan semangat
-mengenakan wangian
-pergaulan yang baik
-MENINGKATKAN SELERA MAKAN.

Aik??? Meningkatkan selera makan??? Biar betul?? Hehe, rilex2…
Sedar atau tidak, dengan mencintai Rasulullah SAW, selera makan kita akan makin bertambah. Hmm taw tak kenapa??? Sebab bila kita sayangkan Rasulullah SAW, kita kan cuba sedaya upaya mengamalkan sunnahnya. Baginda SAW sangat besederhana dan bersyukur dengan apa yang ada.
Dalam riwayat Muslim pula dari An-Nu’man bin Basyir ra. katanya, bahwa pada suatu ketika Umar ra. menyebut apa yang dinikmati manusia sekarang dari dunia! Maka dia berkata, aku pernah melihat Rasulullah SAW seharian menanggung lapar, kerana tidak ada makanan, kemudian tidak ada yang didapatinya pula selain dari korma yang buruk saja untuk mengisi perutnya.
Suatu riwayat yang diberitakan oleh Abu Nu’aim, Khatib, Ibnu Asakir dan Ibnun-Najjar dari Abu Hurairah ra. dia berkata: Aku pernah datang kepada Rasulullah SAW ketika dia sedang bersembahyang duduk, maka aku pun bertanya kepadanya: Ya Rasulullah! Mengapa aku melihatmu bersembahyang duduk, apakah engkau sakit? jawab beliau: Aku lapar, wahai Abu Hurairah! Mendengar jawaban beliau itu, aku terus menangis sedih melihatkan keadaan beliau itu. Beliau merasa kasihan melihat aku menangis, lalu berkata: Wahai Abu Hurairah! jangan menangis, karena beratnya penghisaban nanti di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya di kehidupan dunia. (Kanzul Ummal 4:41)

Allahuakbar... akhlak Rasulullah SAW tiada bandingan. Baginda tak memilih dan tidak pula membazir dengan rezeki yang diperoleh. Bersyukur dengan apa yang ada. Malahan walaupun Baginda SAW kelaparan, tetapi Baginda lebih mengutamakan orang lain dari dirinya sendiri.
Dalam riwayat Ibnu Jarir lagi tersebut, “Tidak pernah Rasulullah kenyang dari roti gandum tiga hari berturut-turut sejak beliau datang di Madinah sehingga beliau meninggal dunia.
Dalam riwayat lain yang dikeluarkan oleh Baihaqi telah berkata Aisyah, “Rasulullah tidak pernah kenyang tiga hari berturut-turut, dan sebenarnya jika kita mau kita bisa kenyang, akan tetapi beliau selalu mengutamakan orang lain yang lapar dari dirinya sendiri.”
Dari Ibnu Abbas berkata, “Rasulullah sering tidur malam demi malam sedang keluarganya berbalik-balik di atas tempat tidur karena kelaparan, karena tidak makan malam. Dan makanan mereka biasanya dari roti syair yang kasar.” (HR. Tarmidzi).

Subhanallah... Subhanallah... subhanallah... Lihat saja peribadi Rasulullah SAW. Tidak merungut, tidak juga bersedih dalam soal makanan. Tapi kalau kita??? Bukannya tak cukup makan, tapi terlebih makan. Yang dapat makan pulak merungut, itu tak sedap ini tak sedap. Kalau mak masak nasi lauk ikan goreng je, ada yang sampai mogok lapar, yela takmen ikan goreng ni, katanya kalau untuk kucing seleralah.. hayyaaa...

Tapi lain pula bila kita cintakan Rasulullah SAW. Kita kan cuba sedaya upaya mengikuti jejak langkah Rasulullah SAW. Bersyukur dengan segala pemberian, tidak memilih2, apa yang ada itulah yang menjadi santapan walaupun hanya sebiji kurma. Sebab kita ni makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan, betul tak??? Heee wallahu’alam... okep tu jek nak share arini, jaga diri, jaga iman & satu lagi jage perut tu ek, hehe, wassalam.
Teruskan membaca...

 

Designed by : NURQASEH RAMADHAN | Renovated from Ipietoon
Cartoon Illustration By : Nayzak and Syftalkie