Lalala... Bawaku Terbang...


Waaa… cantiknyeee bulan, cam awak ugak… tengok dr jauh berseri2, bila dekat… mak aii, jerawat byk tak terperi!! Hikhik, gurau je awak, tp klu ye pon apa salahnya kan, nampak matured sket, itu tanda awak da besar, orang ckp byk jerawat, byk peminat, eh yeke??? Ntah sy pon xtaw… hehe, walau awak jauh tapi kte ttp pandang bulan yg sama kn… mlainkan klu awak ni alien… haaaa alien??? Nk kwn leh??? Leh bawak sy jln2 kt angkasa nek UFO, nanti leh saya petik bintang2 utk kwn2 sy, hehe, (erk brangan plak). Tiba2 tringat lagu Saujana "Bulan Bintang”.

Awak… cuba awak tengok bintang kt langit… banyaaaaaaaaaak sgt kn, tak terbilang rasanya…  bsinar2 bkerdipan… tenang  je rasa… erk saya rasa saya penah tengok cahaya ni, tapi kt mana ek, ek eh, jap2… cuba awak kelip2kn mata… ak ah la baru saya perasan… cam mata awak la… waaa canteeeeknye… bertuah awak, Allah sempurnakan pciptaan awak, tiada cacat cela… haaa awak rabun??? Itu tanda awak rajin baca buku… hah awak suka tengok tv??? Ala rajin jugak tu namanya… saya taw awak bukan tengok yang bukan2… awak tengok rancangan2 berfaedah sumenya kan… Al-kuliyyah, Al-hidayah, Al-tromen dan sewaktu dengannya… ala awak tak cakap pom saya taw, tengok muka awak cam udak baik2 jek, hikhik… (^_^)/… waaa bertuah saya dapat kawan cam awak…

Hmmm nyamannya malam ni, angin sepoi2 bahasa, bmandikan cahaya bulan, diiringi orkesta sang reriang, gandingan ideal cengkerik feat kluang…  hikhik… sedapnye cam suara awak ugak… “merdu” bak buluh perindu… cam radio kt umah atok saya la, haha… klu awak wat konsert mesti ramai orang datang…. orang datang bkn bawak popcorn tp bawak penyapu kejar awak keliling panggung, well… "sedap" sangat sampai boleh mganggu ketenteraman awam, lalala, dush3 kena lagi…
Erk apa saya bebelkan ni… hehe, sebenarnya… erk… emmm… ish susahla nak cakap… saya segan la… miaww… miaww… (>.<)… sebenarnya…. Saya nak ajak awak temankan saya boleh??? Kejaaaaaaaaap je… Jangan isaw… tambang sume ditanggung beres, hehe… haaa betul awak sudi??? Maceh awak… mak awak tak marah awak ke kuar jalan2 malam2 gini??? Heee…. Sebenarnya takde g mana2 pon, saya juz nak ajak wak mengembara ke angkasaraya…  Saya dah kol kawan saya kat planet Pluto… nanti dia datang ambik kita wat g jalan2 nk??? Ek eh melompat2 plak dia… cam la owang nak banje awak eskrem la… hikhik… juz kidding…. Awak da sedia??? Nak pegi mana??? Kejaaaaaaaap je… Ala tak jauh pun… cuba awak dongak ke langit… Nampak tak bintang2 tu… aaaa saya nak bawak awak jalan2 kat sana… Betul!!! Saya tak tipu… Ok, pegang tgn saya kuat2 k… Sebab kita akan rempuh lapisan ozon di stratusfera ultra ungu… Ready??? Tarik nafas… then… pejamkan matamu… Zaaaaaaaaaasss!!!

Waaaa kita da ada kat angkasa… awak2… cuba awak tengok planet kita… keciiiiiiiiiik je kan… agak2 klu mak awak lambai awak suh awak balik…. Awak nampak tak??? 
Tak Nampak kn… Betapa kerdilnya kita ni… Siapa kita nak berbangga2 dengan apa yang kita ada… Cuba awak tengok sekeliling… Maha Suci Allah menciptakan alam ini, Maha Bijaksana, tengok planet2 bputar pada paksinya… tiada pelanggaran… tiada traffic jam, tiada traffic light… tak macam kt bumi kita, adeeeeeee je accident, de traffic light pn ley accident gak… haissshhh dunia2… tiada siapa yang dapat menandingi kekuasaan Allah, Subhanallah… Subhanallah… 

Eh awak… jom lepak kat bulan plak… awak kan suka tengok bulan… jom… ngiung!!! ngiung!!! 

Yeyyyy da sampai… haaa saya dah cakap cam awak… banyak kawah2 kt bulan ni, dr jauh nampak cantik, rupanya…. Haiishhhh… Dush3… Kena lagi… hehe, jgn marah, gurau jela… mak ai muncung panjangnya… klu kat umah leh wat sangkut baju dah tu… hahak, awak wat muka camne pun tetap nmpak cantik sbb awak mmg cantik…. Tp klu awak cenyum… mesti laaaaaaaaaaaagi cantik… kalah halimah jongang… hahaa… jangan isau, sume Allah cipta cantik… cenyum… cenyum… eik… tomeinyek… (^__________________^)
Awak… walau sekarang kita sama2 ska tgk bulan, tapi saya taknak awak jadi cam bulan. Kenapa??? Masa kat bumi tadi awak tengok bulan cantik sgt kn??? Rupa2nya bru kita tahu, dia tak punya cahaya sendiri… saya taknak awak jadi cam bulan, megah berdiri dada langit, indah dipandang dari kejauhan, sedang pungguk merindukan bulan yang tidakkn pernah turun ke bumi… bulan lupa… cantiknya  dia kerana matahari, dia dipuja2 kerana keindahan sementara, hanya bila senja berlabuh, sedangkan bila mentari terbit… tiada siapa yang sudi memandangnya lagi… ada tiada tak siapa peduli… macam ugak kita manusia ni… jangan cepat lupa diri… bila senang bermegah2 dgn apa yang kita ada… sedang kita lupa segalanya kurnia yang Esa… bila hidup senang lenang, tak ingat dunia… enjoy sana enjoy sini… rasa diri hebat krn rasa sdh punya sgala2nya… rasa dunia hanya dia yg punya… hey si tanggang!!! Jgn kamu mjd kacang yg lupakan kulit!!! Kerna kamu takkan mnyamai setinggi gunung, tidak pula sebesar lautan… bila sudah papa kedana baru nak insaf… sorry la… kalau kamu mahu Allah ingat kamu dwaktu kamu susah, ingatlah Allah dwktu kamu sng mahupun susah, pasti rahmatnya kan sentiasa bersamamu… Eh jangan terasa plak... Saya tak cakap kat awak la… saya membebel kat udak2 nakal kt luar sana… 

Hai jiwa2 insani… apa kamu ingat kamu kan hidup beribu2 tahun lagi??? Esok pom belum tentu ada utkmu… Bila owang ajak buat baik…  
“lek lu beb, masa muda ni la kita nk enjoy, ala nanti tua aku insafla…”

Amboi2… awak konpem ke kan idup lama??? 
Ntah2 tersepak batu, tup… tup2… innalillah…

“Ishhh… tak baik ko doakan aku cepat mati…”. 

Bukan begitu niatku… Saya nak awak sedar kita ni hidup tak lama… bila2 masa kita kn pergi, tinggalkan segalanya… Letakkan dunia ni di tangan… bukan di hati… jadikanlah dunia ini tempat kita kumpul sebanyak2 bekalan sebelum menuju ke alam kekal abadi… Tapi saya taw… awak sume udak baik… InsyaAllah takkan jadi cenggitu kan… Awak dahla cantik, klu akhlak pun cantik… waaaa… sape tak jatuh hati… ala jerawat sket2 tu biasa la… saya ni ada najis kt muka ni tak kesah pom… erk maksud saya tahi lalat, hehe, bkn kecik, besaw lak tu, klu leh padam guna lequick da lama da saya buat taw… hehe, tp saya taw, kecantikan itu hak milik setiap insan… gunakanlah… safi balkis, kejelitaan suci dan sejati… cubalah… sendiri… ngeeee… Awak jangan isau ek… Rasulullah SAW bersabda :
Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging.  Apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota.  Dan apabila daging itu rosak, maka rosaklah seluruh anggota, ketahuilah itulah hati.”  - Hadith riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim.
Huarrghhhh… (ni bunyi orang menguap ye, hakhak)… Da jauh malam ni… Jom alek, nanti susah nak bangun subuh nti… Kan tak pasal2 pagi2 mak awak dah siram pokok bunga… pokok bunga tu awak la… Owang kejut subuh tak bangun2, hehe…. Ek eh, cakap orang, saya pom same… toink3… (^_^)v
Sebelum tido jangan lupa baca doa ek… Tenz ye sudi teman saya malam2 cenggini, dengar saya membebel, klu ade tkasar bahasa, tergurau yang tak kena, maap naaa… hehe, selamat malam, shuweeeet dream dear… assalamu’alaikum…
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. -  (Surah Ali 'Imran [3] : 190-191)
Teruskan membaca...

 

Designed by : NURQASEH RAMADHAN | Renovated from Ipietoon
Cartoon Illustration By : Nayzak and Syftalkie