Lalala... Bawaku Terbang...


Waaa… cantiknyeee bulan, cam awak ugak… tengok dr jauh berseri2, bila dekat… mak aii, jerawat byk tak terperi!! Hikhik, gurau je awak, tp klu ye pon apa salahnya kan, nampak matured sket, itu tanda awak da besar, orang ckp byk jerawat, byk peminat, eh yeke??? Ntah sy pon xtaw… hehe, walau awak jauh tapi kte ttp pandang bulan yg sama kn… mlainkan klu awak ni alien… haaaa alien??? Nk kwn leh??? Leh bawak sy jln2 kt angkasa nek UFO, nanti leh saya petik bintang2 utk kwn2 sy, hehe, (erk brangan plak). Tiba2 tringat lagu Saujana "Bulan Bintang”.

Awak… cuba awak tengok bintang kt langit… banyaaaaaaaaaak sgt kn, tak terbilang rasanya…  bsinar2 bkerdipan… tenang  je rasa… erk saya rasa saya penah tengok cahaya ni, tapi kt mana ek, ek eh, jap2… cuba awak kelip2kn mata… ak ah la baru saya perasan… cam mata awak la… waaa canteeeeknye… bertuah awak, Allah sempurnakan pciptaan awak, tiada cacat cela… haaa awak rabun??? Itu tanda awak rajin baca buku… hah awak suka tengok tv??? Ala rajin jugak tu namanya… saya taw awak bukan tengok yang bukan2… awak tengok rancangan2 berfaedah sumenya kan… Al-kuliyyah, Al-hidayah, Al-tromen dan sewaktu dengannya… ala awak tak cakap pom saya taw, tengok muka awak cam udak baik2 jek, hikhik… (^_^)/… waaa bertuah saya dapat kawan cam awak…

Hmmm nyamannya malam ni, angin sepoi2 bahasa, bmandikan cahaya bulan, diiringi orkesta sang reriang, gandingan ideal cengkerik feat kluang…  hikhik… sedapnye cam suara awak ugak… “merdu” bak buluh perindu… cam radio kt umah atok saya la, haha… klu awak wat konsert mesti ramai orang datang…. orang datang bkn bawak popcorn tp bawak penyapu kejar awak keliling panggung, well… "sedap" sangat sampai boleh mganggu ketenteraman awam, lalala, dush3 kena lagi…
Erk apa saya bebelkan ni… hehe, sebenarnya… erk… emmm… ish susahla nak cakap… saya segan la… miaww… miaww… (>.<)… sebenarnya…. Saya nak ajak awak temankan saya boleh??? Kejaaaaaaaaap je… Jangan isaw… tambang sume ditanggung beres, hehe… haaa betul awak sudi??? Maceh awak… mak awak tak marah awak ke kuar jalan2 malam2 gini??? Heee…. Sebenarnya takde g mana2 pon, saya juz nak ajak wak mengembara ke angkasaraya…  Saya dah kol kawan saya kat planet Pluto… nanti dia datang ambik kita wat g jalan2 nk??? Ek eh melompat2 plak dia… cam la owang nak banje awak eskrem la… hikhik… juz kidding…. Awak da sedia??? Nak pegi mana??? Kejaaaaaaaap je… Ala tak jauh pun… cuba awak dongak ke langit… Nampak tak bintang2 tu… aaaa saya nak bawak awak jalan2 kat sana… Betul!!! Saya tak tipu… Ok, pegang tgn saya kuat2 k… Sebab kita akan rempuh lapisan ozon di stratusfera ultra ungu… Ready??? Tarik nafas… then… pejamkan matamu… Zaaaaaaaaaasss!!!

Waaaa kita da ada kat angkasa… awak2… cuba awak tengok planet kita… keciiiiiiiiiik je kan… agak2 klu mak awak lambai awak suh awak balik…. Awak nampak tak??? 
Tak Nampak kn… Betapa kerdilnya kita ni… Siapa kita nak berbangga2 dengan apa yang kita ada… Cuba awak tengok sekeliling… Maha Suci Allah menciptakan alam ini, Maha Bijaksana, tengok planet2 bputar pada paksinya… tiada pelanggaran… tiada traffic jam, tiada traffic light… tak macam kt bumi kita, adeeeeeee je accident, de traffic light pn ley accident gak… haissshhh dunia2… tiada siapa yang dapat menandingi kekuasaan Allah, Subhanallah… Subhanallah… 

Eh awak… jom lepak kat bulan plak… awak kan suka tengok bulan… jom… ngiung!!! ngiung!!! 

Yeyyyy da sampai… haaa saya dah cakap cam awak… banyak kawah2 kt bulan ni, dr jauh nampak cantik, rupanya…. Haiishhhh… Dush3… Kena lagi… hehe, jgn marah, gurau jela… mak ai muncung panjangnya… klu kat umah leh wat sangkut baju dah tu… hahak, awak wat muka camne pun tetap nmpak cantik sbb awak mmg cantik…. Tp klu awak cenyum… mesti laaaaaaaaaaaagi cantik… kalah halimah jongang… hahaa… jangan isau, sume Allah cipta cantik… cenyum… cenyum… eik… tomeinyek… (^__________________^)
Awak… walau sekarang kita sama2 ska tgk bulan, tapi saya taknak awak jadi cam bulan. Kenapa??? Masa kat bumi tadi awak tengok bulan cantik sgt kn??? Rupa2nya bru kita tahu, dia tak punya cahaya sendiri… saya taknak awak jadi cam bulan, megah berdiri dada langit, indah dipandang dari kejauhan, sedang pungguk merindukan bulan yang tidakkn pernah turun ke bumi… bulan lupa… cantiknya  dia kerana matahari, dia dipuja2 kerana keindahan sementara, hanya bila senja berlabuh, sedangkan bila mentari terbit… tiada siapa yang sudi memandangnya lagi… ada tiada tak siapa peduli… macam ugak kita manusia ni… jangan cepat lupa diri… bila senang bermegah2 dgn apa yang kita ada… sedang kita lupa segalanya kurnia yang Esa… bila hidup senang lenang, tak ingat dunia… enjoy sana enjoy sini… rasa diri hebat krn rasa sdh punya sgala2nya… rasa dunia hanya dia yg punya… hey si tanggang!!! Jgn kamu mjd kacang yg lupakan kulit!!! Kerna kamu takkan mnyamai setinggi gunung, tidak pula sebesar lautan… bila sudah papa kedana baru nak insaf… sorry la… kalau kamu mahu Allah ingat kamu dwaktu kamu susah, ingatlah Allah dwktu kamu sng mahupun susah, pasti rahmatnya kan sentiasa bersamamu… Eh jangan terasa plak... Saya tak cakap kat awak la… saya membebel kat udak2 nakal kt luar sana… 

Hai jiwa2 insani… apa kamu ingat kamu kan hidup beribu2 tahun lagi??? Esok pom belum tentu ada utkmu… Bila owang ajak buat baik…  
“lek lu beb, masa muda ni la kita nk enjoy, ala nanti tua aku insafla…”

Amboi2… awak konpem ke kan idup lama??? 
Ntah2 tersepak batu, tup… tup2… innalillah…

“Ishhh… tak baik ko doakan aku cepat mati…”. 

Bukan begitu niatku… Saya nak awak sedar kita ni hidup tak lama… bila2 masa kita kn pergi, tinggalkan segalanya… Letakkan dunia ni di tangan… bukan di hati… jadikanlah dunia ini tempat kita kumpul sebanyak2 bekalan sebelum menuju ke alam kekal abadi… Tapi saya taw… awak sume udak baik… InsyaAllah takkan jadi cenggitu kan… Awak dahla cantik, klu akhlak pun cantik… waaaa… sape tak jatuh hati… ala jerawat sket2 tu biasa la… saya ni ada najis kt muka ni tak kesah pom… erk maksud saya tahi lalat, hehe, bkn kecik, besaw lak tu, klu leh padam guna lequick da lama da saya buat taw… hehe, tp saya taw, kecantikan itu hak milik setiap insan… gunakanlah… safi balkis, kejelitaan suci dan sejati… cubalah… sendiri… ngeeee… Awak jangan isau ek… Rasulullah SAW bersabda :
Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging.  Apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota.  Dan apabila daging itu rosak, maka rosaklah seluruh anggota, ketahuilah itulah hati.”  - Hadith riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim.
Huarrghhhh… (ni bunyi orang menguap ye, hakhak)… Da jauh malam ni… Jom alek, nanti susah nak bangun subuh nti… Kan tak pasal2 pagi2 mak awak dah siram pokok bunga… pokok bunga tu awak la… Owang kejut subuh tak bangun2, hehe…. Ek eh, cakap orang, saya pom same… toink3… (^_^)v
Sebelum tido jangan lupa baca doa ek… Tenz ye sudi teman saya malam2 cenggini, dengar saya membebel, klu ade tkasar bahasa, tergurau yang tak kena, maap naaa… hehe, selamat malam, shuweeeet dream dear… assalamu’alaikum…
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. -  (Surah Ali 'Imran [3] : 190-191)
Teruskan membaca...

Peluru... Toyol... dan Sewaktu Dengannya... ^^


Bismillahirrrahmanirrahim...
Assalamu'alaikum...  Apa khabar sume hari ini??? Da mkn lum??? Rohani cmne??? Breakfast tak??? Haaaa jgn taw memboyotkan perut je, rohani pom jgn lpa isi ugak yek... Entri kedua kali ni adalah sempena musim perang yang akan dihadapi anak kandung suluh budiman... So camne??? Da prepare lum  ni... Pistol2 da isi peluru lum??? 'Toyol2' da bg makan bg mkn lum... Al-maklomla dia kan nk keje ovetime nti, hikhik... Ish3 tak baik tol... jgn begitu dong... kamu harus jujur pd diri sendiri... Tidakkah kamu merasa malu kerana berbohong pada diri sendiri??? Yakinlah pada janjiNya.. andai kamu usaha sgguh2, kamu kan dapat apa yang kamu impikan...


"Tapi coursework saya sikeeeeeeeeeet sangat, boleh ke saya lulus??? huhu" ~(T_T)~

Duhai bunga-bunga taman hatiku... Kamu tidak bersendiri di dunia ini... Apa kamu fikir dunia ini penuh dengan pelangi indah??? Tidak wahai sahabat... Terkadang kamu sudah berusaha bersungguh, merentas hutan belantara, meredah lautan luas, hingga jika dihitung... keringatmu bisa menjadi tasik... Tapi dihujungnya... Kamu mendapat apa yang tidak setimpal dengan usahamu.. Lalu kamu mengeluh...

"Kenapa aku gagal lagi... Kenapa sikit sgt??? Aku da cba wat yang terbaik... Tapi ini je yang aku dapat??? Kenape??? Kenape??? Urghhh malunye... malu aku dgn sahabat2 yg lain..."
Teman... apa kamu tidak yakin denganNya??? Bila kamu lemah, berdoalah padanya, mungkin Dia sedang menguji kamu... Barangkali Dia sedang mengajarmu erti sabar... kalau sudah kamu usahakan... Selebihnya berTAWAKAL-lah... Tiada yang mustahil di dunia ini... Cuba hayati firmanNya...

Allah berfirman dalam Surah Ath-Thalaaq ayat 2-3;

Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu...


Dulu masa kat sekolah cikgu2 slalu bkata...
"Awak kena buat betul2 exam ni, EXAM NI PENENTU MASA DEPAN AWAK"

Hakikatnya tak siapa tahu rezeki Allah utk hamba2nya... walau kamu gagal dmedan ini, tak bermakna dunia sudah brakhir... kamu malu dgn diri sndiri, dgn shbt2 yg jauh lbh bijak dr dirimu... jgn bgitu wahai sahabatku... la tahzan ya sohibiy... pujuklah dirimu... cuba kamu renungi alam ini, brapa ramai yg gagal dlm peperiksaan tp rezekinya melimpah ruah... brapa ramai yg cmerlang dlm exam tp msh tkapai2 mcari sbutir nasi... Yakinkan janji Allah... kalau kamu usaha kamu kan dapat, tp walau kamu sdh brusaha tp kamu ttp gagal, anggap i2 ujian buat dirimu... husnuzon ya sohibiy... bsangka baiklah pd Rabbul Izzati, kerana dia lebih mngtahui apa yng tbaik utk hamba2Nya...
Ye... Ingatlah mendung takkan selamanya... Rezeki Allah itu Maha Luas tiada terbatas... Jangan cpt putus asa k, u can do it... Chaiyok3 ~(^_^)/

"Eleh... saya exam slalu pat 4 flat, apa nak risau, kuar nti knpem pat keje, awex2, abg2 pom ramai mnggu, maklomla org pandai, mesti gaji mahal nti... Well, u khow me... saya tak suka kwn dgn org2 xpandai ni, nti lekat badi kt saya, haha" ~(^^,)


Dan jgn kamu bmegah2 dgn kamu miliki... krna kamu takkan mnyamai stinggi gunung, tdk pula seluas laut terbentang... Alangkah baiknya kejayaan i2 dkgsi bersama, bantulah shbt2mu yg perlukan bimbinganmu.. indahnya ukhwah andai ssh sng bsama, jgnlah kamu blagak seperti merak... indah dpndang tp tdk mampu trbang ke angkasa... Sedarlah kejayaan itu bkn krn usaha kamu smata2... sume i2 dtgnya dr Allah, barangkali Alah mahu mnguji kamu... stiasalah merendah diri dan ucapkanlah " Alhamdulillah atas kurnia rezeki..."
~(^_^)~ newei... tahniah ek & keep it up k...

Jadi... Gudluck Exam Yer... ^^
Usaha sgguh2... then tawakal byk2... apa2 pom jadik pasni, apapun kputusan kte dpt nti, redhakanlah... pasti ada hikmah sbaliknya... We can do it, Chaiyyok3!!! Moga Allah redha... ^^

Erk... Doakan Farah skali ek... hehe... Neves2...

Teruskan membaca...

Langkah Tercipta...


Assalamu'alaikum...
Sebelum langkah bermula, Izinkanku mulakan bicara dengan kalimah cinta Bismillahirrahmanirrahim... Tiada Lafaz Yang Lebih Agung melainkan cinta hakiki pada Rabbul Izzati... Kerana selama ini aku sering lalai dengan cinta dunia... Aku melihat, merasa, menghela nafas pada dinginnya bayu yang bertiup... Ku lihat alam sekeliling penuh dengan keindahan, ku lihat langit tegak berdiri tanpa adanya tiang terpasak, ku renungi laut terbentang luas, penuh dengan misteri... ku rasai hangatnya sentuhan mentari menyinari seluruh pelusuk bumi... Maha Suci Allah Yang Menciptakan... Terdetik di hatiku, tidak Allah mencipta semua ini dengan sia-sia... Andai ku bicarakan segala keAgungannya, pasti kan habis kering dakwat selautan...

Lalu daku cuba merubah paradigma, ku titipkan sebuah pondok usang ini untuk tatapan bersama... Moga kan jadi renungan bersama juga buat peringatan diri sendiri, walau tidak seindah bait-bait puisi Ketika Cinta Bertasbih, walau tak seromantis Ayat-ayat Cinta... walau tak setulus cinta Yusuf dan Zulaikha, walau tak setenang Qasidah Burdah, walau tak semerdu alunan Hijjaz, walau tak setulus Khazeenatul Asrar... walau tak selembut Bisikan Sirr, walau tak sehebat Sentuhan Qalbu... impianku hanya satu... akan kusampaikan walau sepatah ayat...

Saat ini, apa yang ku ingin lafazkan hanyalah...
Yippeeeey!!! \(^_^)/ Toink3...
Alhamdulillah akhirnya tercapai ugak nak wat blog sendiri, selama ni asyik facebook... facebook... facebook... ish3... dunia2... da dekat 2 hari siapkan blog n tacap2 blog ni, hehe... Sebenarnya saya sedikit excited (tahan... tahan..) hehe... Alhamdulillah moga pasni boleh la share2 ape yang patut... kan Sharing Is Caring...  Moga sama-sama beroleh menfaat... Haaa sudi2lah share blog2 kalian ugak... Maap yek saya udak baru blaja... Tak pandai ag nak ber-blog ni, heee... Klu sudi ambik galah tolong jolokkan ek... kikiki, erk tu je kot wat masa ni... Moga Allah redha...


Haaa, satu lagi... Jemputlah Singgah Kat Kedai Mini Cik Qaseh ni... ^^
http://www.wix.com/nurqaseh_ramadhan/artwork

Sekian, Time Aceh...
Teruskan membaca...

 

Designed by : NURQASEH RAMADHAN | Renovated from Ipietoon
Cartoon Illustration By : Nayzak and Syftalkie