Selawat Thobibiyyah : Mari Bersama Berselawat Ke Atas Baginda SAW



Salam sayang buat semua :)
heee lama kan farah tak update belog ni, memang agak sibuk, tapi di kesempatan ni farah curik2 masa untuk sharing selawat ni, jom amalkannya... tidakkah kalian cinta akan baginda Nabi Muhammad SAW? moga kita beroleh keberkatan daripadanya, amin... feel free to share :)



FADHILAH SELAWAT

Al-Sheikh Abdul Kadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisa sirruhu menyatakan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. di dalam kitabnya al-Safinah al-Qadiriyyah. Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata: Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. Hal ini tertulis di dalam kitabnya ‘Hadaiq al-Anwar’:-

1. Melaksanakan perintah Allah.
2. Bersamaan dengan selawat Allah kepada Rasulullah s.a.w.
3. Bersamaan dengan selawat para malaikat.
4. Mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat daripada Allah bererti rahmat).
5. Dikurniakan oleh Allah sepuluh darjat atas tiap-tiap satu selawat.
6. Dituliskan oleh malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat.
7. Dihapuskan oleh Allah sepuluh kejahatan atas setiap selawat.
8. Segala doa akan diperkenankan oleh Allah.
9. Mendapat syafaat daripada Rasulullah s.a.w.
10. Mendapat keampunan Allah serta akan ditutup segala keaiban.
11. Allah akan menutupi segala dukacita.
12. Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.
13. Mendapat darjat al-Sidq.
14. Ditunaikan segala hajat.
15. Salam sejahtera pada hari kiamat.
16. Allah dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat.
17. Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan syurga.
18. Salam sejahtera pada huru-hara hari kiamat.
19. Rasulullah s..a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan.
20. Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa.
21. Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.
22. Tidak akan merasai fakir.
23. Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil.
24. Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah s.a.w. kepada yang berselawat.
25. Selawat akan menjemput setiap pengucapanya ke jalan syurga.
26. Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan Rasul-Nya atau daripada majlis-majlis lagha.
27. Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah apabila disebut (di dalam doa), maka akan disambut selepas itu dengan kalimah selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
28. Selamat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari kiamat.
29. Disambut oleh Allah pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.
30. Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah.
31. Mendapat keberkatan daripada Allah.
32. Mendapat kesempurnaan iman.
33. Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.
34. Mendapat hidayah Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah.
35.Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung.
36. Teguh pendirian dengan kebenaran.
37. Berselawat bererti kita menggunakan sebahagian hak-hak Rasulullah s.a.w. ke atas diri kita. Di samping itu ianya dianggap sebagai mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.
38. Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengikut segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah.
39. Berselawat bererti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah, ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri.
40. Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. di dalam jiwanya.
41. Dikurniakan oleh Allah maqam seorang Syeikh dan Murabbi.
42. Mendapat kebahagiaan, ketenangan hidup didunia dan akhirat.
Teruskan membaca...

Cinta, Kan Ku Setia Menanti


Assalamu'alaikum...

Syukur alhamdulillah, sedar tak sedar dah hampir 5 bulan farah bergelar isteri kepada seorang suami, hehe... Banyak suka duka yang kami tempuhi sepanjang tempoh 5 bulan ni. Farah syukur sangat2 sebab dikurnia seorang suami yang penyayang, dan yang paling farah suka, senyumannya... bila dia senyum nampak gigi, alalala cuweeet sangat *pengsan*. Farah tak sangka Allah SWT temukan farah dengan seorang lelaki dari keturunan baik-baik, ustaz pulak tu, sedangkan farah ni, ape la sangat kan, huhu... tu la orang cakap "dah jodoh", farah anggap ni sebagai rezeki dan antara anugerah paling berharga dari Yang Maha Esa.

farah akui bila kita dapat sesuatu yang berharga, kita perlu bayar maharnya, apabila Allah kurniakan nikmat, Allah akan turunkan ujian buat kita untuk menguji iman kita. Itulah yang farah lalui sekarang ini. Bukan ingin meratapi tapi ingin berkongsi yang perkahwinan ini banyak liku-liku yang kita perlu lalui, dan perlu saling memahami. Seperti yang farah cakapkan tadi, farah bertuah sangat-sangat dapat seorang suami yang pengayang. Tapi sesuatu yang farah kagum dengan suami farah, dia memang sayangkan farah tapi cintanya pada ilmu melebihi cintanya pada isteri. Buktinya kami perlu berjauhan selama beberapa bulan kerana suami farah mahu ke bumi Mesir demi mencari ilmu. Kalau ikutkan hati memangla farah nak ikut jugak tapi apakan daya farah perlu menamatkan pengajian di UPSI dulu. Bayangkan kami baru sahaja berkahwin, tak sempat nak honeymoon lagi ni, hehe, tapi kami terpisah seketika. Wallahi... berat hati melepaskannya pergi kerana bila kita kasihkan seseorang, pastilah kita kalau boleh mahu sentiasa bersamanya, hanya yang pernah mengalaminya kan memahami rasa rindu itu. Terkadang air mata berguguran apabila rindu menjengah di kalbu. Walaupun berjauhan, suami farah sentiasa bertanya khabar dan memberi kata semangat supaya dikuatkan hati. Sampai suatu ketika, farah rinduuuuuuu sangat-sangat kat dia, sebab kebiasaannya waktu farah tension @ stress, dia sentiasa asa disisi, tempat farah mengadu, tenang apabila bersamanya, semangat yang hilang kembali membara selepas mendengar kata-kata hikmah darinya. 

Walaupun hati ini terusik kerana berjauhan dengan suami tercinta, menangis hiba tatkala rindu menjengah, suami farah tak pernah henti memberi semangat.
Farah : Wahai suamiku yang dikasihi, katakanlah padaku sesuatu yang boleh menenangkan hatiku.
Suami : Sayangku, dengar sini... sungguh dirimu isteri terbaik untuk seorang suami, dan fahamilah redha Allah terletak pada redha suami, dan abang redha akan dirimu. kalau sayang redha dan ikhlas dengan abg, sayang akan dapat  pahala sama dgn abg. Sayang kena kuat, abang pergi tak lama, lagipun abang bukan pergi bersuka ria, abang pergi menuntut ilmu sayang. Dah ek, nanti abang balik.

Bercucuran airmata mendengar kata-kata darinya. Walaupun perginya hanya beberapa bulan, tapi hanya Allah yang Tahu, sehari bagaikan setahun lamanya. Mendengar kata-katanya, sungguh hati ini merasa tenang kerana sedarlah diri ini akan janji-janji Allah. Teringat suatu kisah pada zaman Rasulullah SAW.

Al- Bazzar dan At Thabrani meriwayatkan bahwa seorang wanita pernah datang kepada Rasullullah SAW lalu berkata :

Aku adalah utusan para wanita kepada engkau untuk menanyakan : Jihad ini telah diwajibkan Allah kepada kaum lelaki, Jika memang mereka diberi pahala dan jika terbunuh mereka tetap diberi rezeki oleh Rabb mereka, tetapi kami kaum wanita yang membantu mereka , pahala apa yang kami dapatkan?

Nabi SAW menjawab :” Sampaikan kepada wanita yang engkau jumpai bahwa taat kepada suami dan mengakui haknya itu adalah sama dengan pahala jihad di jalan Allah, tetapi sedikit sekali di antara kamu yang melakukanya."

Ya Allah, rupa-rupanya Allah sedang mengujiku dan mungkin juga mahu mengurniakanku pahala jika redha dengan pemergian suamiku untuk menuntut ilmu. Syukurlah, sewaktu hati rasa rindu, tetapi bila teringatkan janji Allah dan ganjaran pahala untuk setiap yang sabar dengan ujian, hati ini kembali tenang. Mungkin ada hikmah yang tersembunyi, walaupun pada mulanya kita tidak suka, benarlah kata-kata Allah Yang Maha Suci. Allah SWT telah mengingatkan kita agar tidak membenci atau menyukai sesuatu padahal kita tidak tahu rahsia di sebalik sesuatu, dalam Surah Al Baqoroh ayat 216 :  

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”
Semoga di penghujung penantian ini Allah kurniakan kemanisan sebuah pertemuan. 
Berterima kasihlah kerana jika tidak kerana perpisahan, kita tidak akan merasai manisnya sebuah pertemuan. Jangan pernah ingin bertemu jika takut untuk berpisah, kerana setiap pertemuan itu pasti akan merasai perpisahan.

Terima kasih Ya Allah atas ujian yang Engkau berikan kerana ia mengajarku erti ketabahan. Dan daku masih menghitung waktu menanti kepulangan suami tercinta, inshaAllah dalam beberapa minggu lagi, bunga hatiku kan pulang ke tanah air, hehe... weee ~<3 tak sabar rasa tunggu kepulangannya, hehe... Oh angin, sampaikan salam rinduku padanya, katakan padanya aku terlalu rindu padanya, rindu akan senyum dan gelak tawanya, rindu akan kata-kata hikmah darinya, doaku agar dia baik-baik sahaja.
Abang, isterimu kan terus setia menanti kepulanganmu dengan penuh sabar
#Pssst... sahabat-sahabat yang belum nikah, kahwin lah cepat-cepat, seronoooooook sangat, tapi ingat, kahwin tu memang seronok, tetapi bukan untuk seronok-seronok je, hehe ~<3

Teruskan membaca...

(PREVIEW) : Kisah Qaseh Sayang


Assalamu'alaikum... ada orang kat umah??? ehek ehek... saya.. saya... ye yer yer saya tahu saya bersalah sebab lamaaaaa sangat tak update blog, ehehe, jangan marah nanti cepat tue, hehe... mesti ada yang tertanya-tanya farah ni sejak dah kahwin, senyap je blog dia, da berhabuk, penuh dengan sarang labah-labah... ish3 *geleng-geleng kepala sambil cekak pinggang*

"erk... takde pun yang tanya pasal tu??? ok fine!!! saya perahsantan rupanya, ahaha"

kejap-kejap... semua dah tahu tahu kan yang farah dah kahwin... saya ulang sekali lagi, FARAH DAH KAHWIIIIIIIIIIIIIN!!!!!!!!! YEYYYYYYY!!! *jerit kuat2*...

syukur alhamdulillah, doa farah selama ni dimakbulkan untuk KAHWIN AWAL, bahagia sangat bergelar sebagai seorang isteri di usia muda, TERIMA KASIH MA ABAH SEBAB IZINKAN ACIK KAHWIN AWAL!!! hanya Allah SWT saja yang tahu kebahagian yang sukar diungkap dengan kata2... tapi entry kali ni farah tak boleh ulas panjang sebab tengah habiskan final exam for final year, doakan farah ek... tapi untuk tidak menghampakan yang sudi membaca blog ni, nah... farah tampal sejibik gambar farah, letak yang majlis pertunangan dulu, serius ni gambar pertama yg farah publish, hehe special case... lain-lain gambar will be coming soon, tunggu... inshaAllah
farah mohon doa sahabat2 semoga hubungan kami suami isteri kekal hingga ke syurga, dan dikurnia cahaya mata yang soleh solehah, amin...

yang kat bawah ni pulak kad kahwin yang farah design sendiri :)





farah dah kahwin, kawan2 bila lagi? JOM KAHWIN MUDA, YUK... JAUHI MAKSIAT... CINTA ITU FITRAH, JANGAN SAMPAI CINTA MENJADI FITNAH, fikir-fikirkanlah :)







Teruskan membaca...

Selamat Pagi Cinta, Dah Solat Subuh?


assalamu'alaikum... salam sejahtera ke atasmu...

sahabatku...
sudah bangun pagi??? bersyukurlah kita masih hidup setelah dimatikan (tidur) semalam. Ucapkanlah alhamdulillah kita masih bernyawa dan diberi kesempatan untuk mengumpul bekalan ke negeri abadi. Lenakah tidurmu semalam??? Sungguh indah bukan??? Mimpi tentang bulan, mimpi di alam kayangan, mimpikan si dia yang didambakan, owh sungguh indah malammu hingga terasa tidak mahu bangkit dari lena yang panjang dan ingin terus mengulik mimpi yang tiada berkesudahan.

Sahabatku...
kita selalu manjakan diri kita, tidur di atas tilam yang empuk, bantal yang lembut berselimutkan sutera dengan tiupan angin penghawa dingin, indah dibuai mimpi indah...

hingga kita terlalu sukar untuk bangun malam untuk bermunajat kepadaNya, bersujud pada Yang Mengurniakan kita segala nikmat itu. walaupun terkadang kita tersedar di sepertiga malam, seolah-olah ada sesuatu yang mengejutkan kita dari tidur, terasa dingin malam menusuk ke tulang, lalu kita lihat jam yang berdetik, pukul 4 pagi??? aaaahhh!!! masih terlalu awal, lalu ditarik kembali selimut menyulam kembali mimpi-mimpi terindah...


Sunggah tidur itu suatu nikmat yang besar bukan??? Tapi pernahkan kita terfikir mengapa terkadang kita tersedar di saat insan2 lain nyenyak dalam dakapan malam???


Sahabatku... Allah mencintaimu, dia memilihmu untuk bangun bersujud padaNya, merintih padaNya kerana barangkali kamu sudah terlalu lama tidak mengadu padanya, jika diimbas kembali kamu kan merayu2 padaNya hanya bila kamu inginkan pertolongan, bila kamu mahukan bantuan, untuk cemerlang dalam peperiksaan, untuk berjaya dalam perniagaan, untuk mendapatkan si dia yang dicinta, untuk mengembalikan kesihatanmu, untuk duniamu, untuk angan-anganmu yang tiada berkesudahan...

sahabatku... sekali lagi Dia mengejutkanmu, azan subuh berkumandang memecah keheningan, menyapa telinga insan2, lalu sekali lagi kau tersedar, terkadang hatimu berbisik... "Ahhh bising, cepatnya dah subuh", lalu kau renung jam di dinding, 6.00 pagi, lalu hatimu berkata, "aahhh!!! masih awal lagi...", sekali lagi kau melakar mimpi hingga alam yang gelap gelita bertukar menjadi cerah, terang benderang di sinari cahaya mentari, ayam berkokok, burung2 berkicauan, pohon2 melambai mengalunkan zikir syahdu pada Tuhannya... sedang kamu masih lena, tidakkah kau malu pada mereka??? Kau biarkan subuh suci berlalu pergi, lalu malaikat mencatatkan amalanmu...

Wahai jiwa2 yang alpa!!!
Tidakkah engkau dengarkan ayat-ayat dari TuhanMu, tentang amaran azab seksa yang maha pedih kerana meninggalkan apa yang difardhukan ke atasmu, yer mungkin kau pernah dengar, tetapi hatimu tidak gentar, kau lupa, kau tidak takut kerana matamu tidak pernah melihatnya, kau mendengar tetapi tidak mengambil iktibar, solat Subuh hanya dua rakaat!!! tapi kau ingkar!!! kau lebih besarkan tidurmu dari seruan "hayya alassolah...", kerana kau meruntuhkan tiang-tiang agamamu tanpa sedikit pun rasa bersalah, tunggulah saat2 yang dijanji... hanya kerana nikmat yang sementara, sekali kau meninggalkan solat subuh, kau kan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun bersamaan 60 000 tahun di dunia.


Sahabatku, pernahkah kau mendengar suatu kisah :


Akan muncul seekor ular yang bernama 'Sujaul Aqra' dan ular itu berkata:
'Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan sembahyang Subuh.'

Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar,

begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.

astaghfirullah... astaghfirullah... sungguh azab, ampunkanlah dosa-dosa kami Ya Allah, ampunkanlah kelalaian kami Ya Allah, kami tidakkan dapat menahan azab seksa dariMu, jika Engkau tidak ampunkan kami, sungguh kami orang-orang yang rugi, maka terimalah taubat kami Ya Allah, kami insan yang lemah tanpa cinta dariMu...

moga kita mengambil iktibar dari amaran-amaran dari Allah kerana sesungguhnya kita hidup di dunia hanya sementara cuma, janganlah hanya kerana kenikmatan yang sedikit, kerana lebih sayangkan tidur, kita menanggung azab seksa Maha Pedih, nauzubillah...


Peringatan buat diriku yang hina,

Kalam dari Kalbu
Nurqaseh Ramadhan
6.00 pagi, 6 Ramadhan 1432Hijrah
Teruskan membaca...

Isu Bertudung : Kudaku Gagah Berlari



Salam, okep sebelum ni farah ada keluarkan entry fasal tudung unda, kali ni plak nak ceghiter fesyen bertudung sedara unta plak, haaaa nak tau tudung fesyen ape? Let’s check it out!!!

.
.
.
.
.
.
.
v
Taaaaraaaaaaaaa, mempersembahkan fesyen hangat masa kini, fesyen bertudung ala-ala kuda gitu, hehe. Cantik kan? Macam ekor kuda gak. Jom kita tanya pe perasaan incik kuda lepas jadi icon fesyen bertudung abad ni???

Haha malu-malu kuda plak dia, hmmm cantik ker? Biar betul awak ni, yer tahulah rambut kome semua cantik, rebonding lagi, abis tu kalau dah rebonding mahal2 pakai tudung rugila kan. Tapi kalau tak pakai tudung berdosa plak, alahai macammana ni, nak pakai tudung tapi dalam masa yang sama nak gak kasi orang tengok rambut you all yang lurus berseri seperti mendapat rawatan pantene, “sekali cuba, takmau yang lain”. Wah gitu, iklan jap. 

Kita bukan sesaja nak mengata kat awak, tapi fahamilah apa yang ingin kita sampaikan. Ok saya ambil secara positif awak mahu bertudung, tapi sayangnya awak tak menutupnya secara sempurna. Apa salahnya alang-alang dah bertudung biarlah ia cukup sempurna, pahala dapat dan awak jugak sebenarnya membantu orang lain dari tidak melakukan dosa, Yela bila dah pakai tudung cenggitu, confirm ada yang mengumpat2 kat belakang. Diorang nak tegur malu plak, jadi sama2lah kita insafi diri yek, tutuplah auratmu dengan sempurna, biarlah kita tidak cantik di mata insan, asalkan cantik di mata Allah SWT. Tapi siapa cakap pakai tudung labuh tak menawan? Sejuuuuuuuuk je mata memandangnya, tak gitu Cik Tipah? Heee okep, tu je untuk hari ini, daaaaa wassalam
Teruskan membaca...

 

Designed by : NURQASEH RAMADHAN | Renovated from Ipietoon
Cartoon Illustration By : Nayzak and Syftalkie